Setiap individu yang ditempatkan disebalik tirai besi pastinya mempunyai kisah yang tersendiri. Sama ada sengaja mahupun tidak, mereka hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Meskipun begitu, kisah sedih dua beranak ini telah mengundang tangis serta memberi pengajaran kepada ramai netizen.
BACA:Â Letak Ubat Nyamuk & Detergen Dalam Makanan Murid, Guru Tadika Dipenjara 4 Tahun
Capai erat anak gadis disebalik tirai besi untuk lepas rindu
Menerusi perkongsian yang telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 23 juta itu, dilihat seorang tahanan bernama Aceng menyambut riang kedatangan anaknya dengan bertindak mencapai erat tubuh kecil tersebut meskipun dibatasi oleh pintu penjara yang berkunci rapi. Walaupun berada dalam tirai besi, dia tidak henti-henti mengucup anak gadisnya serta mengukir senyum untuk meluahkan rasa gembira.
@handk8787 Karena Kepingin Memeluk Sang Anak, Akhirnya Saya Bukak Pintu Sel nya Sebentar.
Saya buka pintu sel sebentar kerana dia ingin mendakap anaknya
Klip yang telah dikongsikan oleh warden penjara itu turut mengundang rasa simpati rata-rata yang menonton apabila seorang petugas membuat keputusan untuk membuka pintu sel tersebut bagi membolehkan Aceng memeluk anaknya. Walaupun tindakan itu merupakan satu perkara yang berisiko, dia tidak ragu-ragu malah membenarkan mereka bergurau senda buat seketika.
Terima kasih warden… saya doakan sentiasa bahagia disamping keluarga
Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sayu apabila melihat kasih sayang antara bapa dan anak gadisnya. Bukan sekadar beranggapan bahawa tindakan membuka pintu penjara disifatkan sebagai satu perkara yang perlu dipuji, malah mereka juga tidak kekok untuk mengucapkan terima kasih serta mendoakan kebahagiaan petugas penjara tersebut.
Kredit: TikTok gondes8787