Nama pelakon Fatin Afeefa bukan lagi biasa di industri, dimana beliau sering menjadi perbualan netizen sekarang. Pada kali ini pula, pelakon tersebut terpalit dengan tuduhan mengabaikan pendidikan anaknya dan didakwa tidak menghantar anaknya ke sekolah.
BACA: Saya Dah Penatlah Tanggung Biawak Hidup- Fatin Afeefa Mahu Diri Disara Suami
Dedah Habis RM40k Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa
Menurut Fatin, kenyataan yang diberikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah salah sama sekali. Malah, Fatin menegaskan dakwaan itu adalah fitnah semata-mata. “Saya hantar anak saya sekolah di sekolah antarabangsa. Saya habiskan duit sebanyak RM40 ribu untuk membayar yuran selama setahun. Anak saya dah complete tiga semester dan dah masuk year 2. Macam mana boleh cakap anak saya tak masuk darjah satu?”. Tambahan beliau, RM40 ribu itu tidak termasuk baju dan buku sekolah lagi.
Sanggup Kerja Sampai Dua Tiga Pagi Demi Bayar Yuran Sekolah Anak
Pelakon itu membidas ayat-ayat fitnah tersebut dengan mengatakan beliau mempunyai semua bukti transaksi untuk membuktikan bahawa nama anaknya sememangnya didaftarkan di sekolah tersebut. Bukan itu sahaja, beliau turut menghantar anak-anaknya, iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia ke sekolah tahfiz untuk memastikan mereka mendapat pendidikan agama yang sempurna.
Kini Mahu Anak-anak Mahir Tentang Agama Terutama Baca Al-Quran
Walaupun dirinya mempunyai serba kekurangan, namun Fatin Afeefa mahu beri yang terbaik buat anak-anaknya. Pelakon itu juga berkata beliau masih dalam usaha untuk mengubah diri dan menjadi individu yang lebih baik daripada sebelumnya dengan memperbanyakkan ibadah.
Kredit:Â XTRA