Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

4th March 2020
in Gaya Hidup
“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Meskipun nama band pemuzik ini jarang diberi tumpuan, tetapi Caliph Buskers telah membuktikan bahawa golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga mampu bersaing dan bertahan dalam industri hiburan tanah air. Sejak kemunculan kali pertama di pentas Anugerah Juara Lagu beberapa tahun lalu, vokalis utamanya iaitu Azmi Saat yang mempunyai vokal suara yang tinggi sering membuatkan para pendengar terpukau.

BACA: Tak Rela Tinggal Isteri, Azmi Caliph Buskers Dedah Sanggup Tolak Banyak Tawaran

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

Kesalahan paling besar…tarik hujung tongkat bantu jalan

Meskipun figura anak seni tersebut dikenali sebagai seorang yang gemar membuat lawak, baru-baru ini Azmi Saat terpanggil untuk memberikan kesedaran tentang cara membantu insan senasib dengannya. Ujarnya, ramai rakan-rakan yang juga merupakan OKU golongan penglihatan telah tercedera apabila sesetengah masyarakat ingin membantu mereka berjalan namun sambil memegang hujung tongkat.

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

Memang bantu ke arah betul…tapi risiko terjatuh tinggi

Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, alat tersebut sangat mustahak untuk mengesan keadaan permukaan yang bakal dilalui oleh golongan terbabit. Meskipun individu yang menolong mereka pasti memimpin ke destinasi sepatutnya, namun ia tetap belum menjamin tahap keselamatan gara-gara tidak dapat melihat. Akibatnya, niat yang mulia itu hanya membawa padah apabila insan yang ingin dibantu mengalami kecederaan serius.

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Gambar sekadar hiasan

Hulurkan lengan atau beg untuk dipegang

Bagi mengatasi permasalahan itu, vokalis Caliph Buskers ini memberi saranan kepada masyarakat agar menghulurkan tangan atau sebarang objek lain yang mudah dipegang oleh sebelah lagi tangan individu OKU penglihatan. Malah jika terdapat sebarang halangan, maklumkan terlebih dahulu kepada insan yang dipimpin supaya sekurang-kurangnya dapat bersedia.

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Azmi Saat

Tags: azmicaliph buskerscederahujungkesalahanokupenglihatansaattariktongkat

Related Posts

“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Artis

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

6th April 2023
“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Gaya Hidup

Anak Baru Berusia Kurang 5 Bulan, Bapa Tenang Bawa Pergi Hiking Tanpa Carrier

6th February 2023
“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Cinta & Perhubungan

Isu Poligami, Suami Aleeya Ulas – “Jika Tambah 2 3 Bini, Lintang Pukang Hidup”

1st February 2023
“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Cinta & Perhubungan

Sanggup Rampas Suami Orang, Pelajar Mata Duitan Nekad Goda Pensyarah Sendiri

27th January 2023
“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers
Gaya Hidup

Bising Buat Live Tiktok Sampai Ganggu Jiran, Wanita Terkejut Tiba-Tiba Dijerkah

26th January 2023
Next Post
“Tarik Hujung Tongkat OKU Adalah Kesalahan Paling Besar” – Azmi Caliph Buskers

Sepi Hidup Single Sampai Ke Tua, Inilah Hakikat 'Kodokushi' Yang Ramai Tak Tahu

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)