Utama Cinta & Perhubungan Take Note! 7 Sifat Pada Wanita Ini Berdepan Risiko Penindasan Rumah Tangga

Take Note! 7 Sifat Pada Wanita Ini Berdepan Risiko Penindasan Rumah Tangga

Jika kita meninjau pada senario dunia sekarang, masalah penindasan rumah tangga bukanlah isu yang baru. Saban hari, semakin banyak berita mengenai isteri yang dianiaya, dihentam dan dikasari oleh suami. Lebih teruk lagi, sesetengah suami menganggap isteri adalah tempat untuk mereka melempiaskan amarah. Namun, adakah semua ini berpunca daripada suami semata-mata atau wanita sebenarnya yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan dalam rumah tangga? 

BACA: Bertemu Jodoh Di Majlis Orang, Jurufoto Dedah Isteri Yang Mula Tackle Dulu

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Zaid Rostam telah mendedahkan sebenarnya sifat wanita itu sendiri boleh menyumbang kepada masalah berkenaan. Berikut adalah tujuh sifat yang menyebabkan wanita menjadi individu yang ditindas oleh suami. 




1. Melihat suami orang paling berkuasa

Menurut lelaki berkenaan, sifat wanita yang terlalu mengagungkan dan menganggap suami adalah orang yang paling berkuasa di rumah boleh menjadi punca berlakunya masalah tersebut. Benar, suami adalah ketua keluarga namun perlu berpada-pada

2. Memenangkan suami

Biarpun suami melakukan perkara yang negatif atau jahat, namun isteri masih menidakkan dan membela suami. Sifat ini sebenarnya membuka ruang untuk berlakunya isu terbabit. 




3. Terlalu bersabar

Terlalu bersabar juga boleh menjadi punca terjadinya krisis dalam rumah tangga. Misalnya, suami telah berkasar dengan isteri banyak kali tetapi atas dasar sayangkan rumah tangga, dia tetap bersabar. 

Gambar sekadar hiasan

4. Sanggup menyerahkan segalanya

Siapa yang tidak sayang suami? Bagaimanapun, janglah sampai kita rela untuk mengorbankan segalanya walaupun diri sendiri merana. 




5. Salahkan diri sendiri

Wanita sering menyalahkan diri sendiri apabila dizalimi oleh suami. Dia menganggap nasib yang menimpa dirinya menyebabkan suaminya itu berbuat sedemikian. 

Gambar sekadar hiasan

6. Salahkan orang lain




Selain itu, lelaki ini juga mendedahkan sifat wanita yang gemar menyalahkan orang lain dan keadaan sekeliling juga memberi ruang kepada seseorang wanita itu dikasari oleh lelaki. Contohnya, bila lelaki bersifat kasar, dia hanya mengendahkan perkara itu dan menganggap si suami melakukan itu kerana tekanan di luar rumah. 

7. Merelakan suami buat apa sahaja

Isteri memberi hak sepenuhnya kepada suami untuk melakukan apa sahaja terhadap diri mereka. Perkara ini menjadikan wanita selalu diperalatkan untuk kepentingan diri sendiri. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Zaid Rostam

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI