Siapa saja yang tidak mengenali dengan penyanyi Elyana. Setiap kali kemunculannya membuat persembahan secara langsung, pasti akan mencuri perhatian ramai kerana dia gemar berkaki ayam dan jarang sekali memakai kasut bertumit tinggi. Menerusi rancangan temu bual Mingguan Wanita, pelantun lagu ‘Tak Tercapai Akalmu’ ini memberitahu bahawa dia mengakui selesa dengan cara sedemikian.
BACA :Â Ditegur Sebab Rangkul Han Byul Saat Umum Juara Big Stage 2019, Ini Respon Neeta
Tak biasa pakai kasut tumit tinggi sejak zaman sekolah
Elyana juga memberitahu bahawa dia tidak suka memakai kasut tumit tinggi sebaliknya lebih selesa dengan flat shoes. Tambahnya lagi, dia seringkali didenda oleh guru ketika bergelar pelajar kerana seorang yang nakal.
Sampai ada pereka fesyen merajuk
Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal menjelaskan bahawa dia juga selalu dimarahi oleh pereka fesyen kerana tidak selari dengan pemakaian semasa menghadiri majlis berprestij seperti Anugerah Juara Lagi (AJL), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan banyak lagi. Malah ada juga pereka fesyen yang merajuk dengan prinsipnya itu.
Boleh lupa lirik pakai kasut tumit tinggi
Jelas ibu kepada 2 cahaya mata tersebut, dia lebih selesa memakai kasut flat mahupun hanya berkaki ayam ketika membuat persembahan di atas pentas seperti sebelum ini. Hal ini kerana dia boleh lupa lirik sekiranya memakai kasut sedemikian. Tidak kurang juga ada pereka fesyen yang memarahinya kerana kelihatan tidak cantik apabila tidak memakai kasut tumit tinggi ketika membuat persembahan.
Sumber : Media Hiburan , Mingguan Wanita