Urusan jodoh itu sememangnya rahsia dan telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita juga tidak tahu siapakah yang bakal menjadi suami mahupun isteri sehinggalah tiba hari yang telah ditetapkan. Sangatlah beruntung jika bertemu jodoh dengan anak sulung kerana mereka dikatakan tegas dan pandai berdikari. Tapi bagaimana pula sekiranya ditakdirkan dengan anak bongsu?
BACA : Kongsi Amalan Dengan Isteri & Anak, Ebit Lew Hiba Dengan Tindakan Bos Cina Ini
Anak bongsu ini seringkali dikaitkan dengan sifat yang agak manja, terlalu bergantung dengan orang lain dan kelam kabut. Disebabkan itu, anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal jika bertemu jodoh dengan mereka. Oleh itu, ada beberapa perkara yang ada perlu tahu tentang anak bongsu ini. Antaranya adalah :
1) Manja & happy go lucky
Sebenarnya anak bongsu ini seorang yang manja dan sentiasa happy go lucky. Namun, ada sesetengah mereka terutama sekali perempuan ini memperlihatkan karakter manjanya yang keterlaluan sehingga sukar untuk dikawal.
2. Peramah & mudah didekati
Tidak kurang dengan itu, kebanyakan anak bongsu bersikap peramah dan juga mudah untuk didekati. Malah persepsi dan pendapat mereka tentang sesuatu perkara juga selalunya positif.
3. Ada sifat ingin tahu, berani mencuba sesuatu
Selain itu, golongan anak bongsu turut memiliki sifat ingin tahu yang sangat mendalam tentang sesuatu. Mereka juga mengutamakan emosi dan suka membandingkan diri dengan orang terdekat.
4.Lebih memahami ibu bapa
Disebabkan anak bongsu bergantung kepada ibu bapa berbanding yang sulung, jadi mereka lebih memahami orang tuanya kerana sudah tinggal dengan jangka masa lama.
5. B0r0s & tak suka menabung tapi..
Tapi anak bongsu juga ada sikap b0r0s dan enggan menabung kerana tidak suka perhitungan dalam hidupnya. Namun begitu, mereka sebenarnya seorang yang amat pemurah dan suka berkongsi barangan miliknya.
6. Jarang alami masalah kesihatan, gemar bercerita
Menariknya, anak bongsu ini jarang mengalami masalah kesihatan dan biasanya paling awet muda berbanding adik-beradik lain. Di samping itu juga, mereka gemar bercerita soal peribadi kepada ibu bapa.
7. Tak cerewet orangnya
Selain daripada itu, mereka juga seorang yang tidak cerewet kerana menerima apa saja seadanya. Disebabkan sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian, mereka lebih memahami dan berlapang dada untuk terima.
8. Lebih nampak masa depan & tak pernah merajuk
Meskipun paling lambat dilahirkan di dunia tapi mereka lebih nampak perjalanan masa depan kerana sudah belajar daripada pengalaman yang lepas. Anak bongsu juga tidak pernah merajuk, namun hanya meluahkan rasa itu melalui ekspresi dalaman agar orang lain memahami dirinya.
9. Tak suka susahkan orang lain
Akhir sekali, anak bongsu ini tidak suka menyusahkan orang lain kerana sentiasa melihat kepayahan orang sekeliling sejak kecil lagi.
Sumber : Kashoorga