Tidak dinafikan, mata manusia memang gemar melihat benda-benda yang cantik dan juga indah. Termasuklah dalam perihal mencari teman istimewa sekali pun, rata-ratanya mencari insan yang mempunyai rupa paras menawan. Meskipun perkara berkenaan selalu dikaitkan dengan orang perempuan kononnya mereka mengidamkan teman lelaki kacak, tahukah anda tidak semua wanita mempunyai pegangan sedemikian rupa?
BACA : Perempuan Kena Sedar, Lelaki Layan Kau Baik Tak Bermaksud Dia Simpan Perasaan
Tak semua perempuan nak lelaki kacak
Topik berkenaan nampaknya menjadi bualan hangat di media Twitter apabila dikongsikan terlebih dulu oleh pemuda dengan akaun @amirulafiqqq sehingga meraih ribuan retweet. Dia mengetahui perkara itu daripada seorang kenalan perempuan selepas berbual panjang mengenai isu rupa paras ini. Menurut penjelasan wanita berkenaan, mungkin ramai perempuan yang mahu memiliki boyfriend yang kacak. Namun bagi mereka, apa yang paling penting adalah cara layanan seseorang lelaki itu kepada seseorang perempuan.
Lelaki handsome banyak jenis boring
Dalam pada itu, perkongsian daripada seorang gadis juga menarik perhatian ramai. Bersetuju dengan kenyataan berkenaan, dia turut menyifatkan kebanyakan lelaki kacak tidak mempunyai personaliti menarik sekali gus bakal membosankan perhubungan yang terjalin.
Lelaki kacak selalunya ‘hambar’
Seorang lagi perempuan juga berkongsikan pengalamannya bercinta dengan lelaki kacak. Tidak dinafikan lelaki yang mempunyai rupa sedap dipandang mata, namun lama-kelamaan dia sendiri merasa ‘hambar’ sehingga rasa cinta akhirnya menghilang. Nampaknya kenyataan ini turut disokong oleh netizen di ruangan komen apabila mereka sempat berkongsikan pendapat sendiri.