Ekoran kenaikan angka jangkitan COVID-19 yang mendadak, beberapa wilayah dan negeri telah dikenakan tindakan PKPB. Walau bagaimanapun, segala kegiatan ekonomi rakyat termasuklah aktiviti penggambaran drama boleh diteruskan dengan syarat pematuhan penuh kepada SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
BACA:Â Baru Pulang Shooting Di Scotland, Pelakon Cilik & Ibu Disahkan Positif COVID-19
SOP agak menyukarkan keadaan walaupun FINAS bagi green light untuk shooting
Meskipun begitu, seorang penerbit bernama Shahrulezad Mohameddin telah memutuskan untuk memberhentikan shooting sebuah dramanya buat sementara waktu. Meskipun pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sudah memberikan green light, penerbit ini mengakui pelaksanaan SOP yang lebih ketat itu agak menyulitkan pihaknya untuk meneruskan kerja-kerja produksi.
Banyak tempat makin susah untuk shooting… ada seorang intern kena kuarantin dah
Hal ini kerana, kebenaran untuk shooting di lokasi seperti kolej, pusat rawatan dan kafe pun semakin susah untuk didapatkan. Lebih-lebih lagi apabila mereka semua terpaksa bergerak dalam kumpulan yang ramai. Lebih mengejutkan lagi, salah seorang intern dalam produksinya juga terpaksa dikuarantin kerana rakan serumah individu terbabit merupakan suspek COVID-19.
Tengok keadaan dalam masa seminggu, bimbang jadi kluster kru produksi pertama pula
Dalam pada itu, pengarah drama ‘Nur’ ini juga berharap keadaan akan menjadi lebih terkawal dalam masa seminggu sebelum meneruskan semula penggambaran. Jika masih diteruskan, dia juga menjadi sangat risau sekiranya pihaknya akan mencetuskan kluster kru produksi yang pertama.
Sumber: IG Shahrulezad Mohameddin