Cinta & Perhubungan

Tak Kira Kaya Atau Kuat Mana Pun, Lelaki Pasti Akan Lemah Tanpa Isteri & Anak

Memang benar ramai menggunakan konsep bahawa tugas seorang isteri adalah menguruskan kehidupan rumah tangga di samping mematuhi kata-kata suami. Malangnya bagi sesetengah lelaki, keperluan isteri untuk kekal patuh membuatkan mereka ‘naik lemak’ dan sesuka hati untuk berbuat apa sahaja. Padahal selaku ketua dalam rumah tangga, lelaki harus memberikan bimbingan penuh dan menjaga perasaan isteri tercinta demi kebahagiaan bersama.

BACA : Dalam Relationship Kena Ada Trust, Untuk Bina Rasa Sayang Mesti Ada Komunikasi

Lelaki akan lemah tanpa anak dan isteri

Meskipun sudah banyak kali dibincangkan dalam pelbagai platform, ternyata isu persefahaman suami isteri masih lagi didengari saban hari. Jadi selaku suami yang terkadang ada menyakitkan hati isteri tanpa sedar, mungkin kata-kata daripada saudara Hafiz Mahamad ini boleh dijadikan pengajaran untuk membuka mata anda. Sempat berkongsikan moment sewaktu berada di Tanah Suci, coretan bermakna tersebut ternyata mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Advertisement

Balik pada Allah supaya jodoh sentiasa di hati

Antara point paling menusuk yang terkandung dalam perkongsian itu adalah betapa pentingnya keberadaan isteri dan anak dalam sesebuah rumah tangga. Meskipun seseorang suami itu mempunyai kekayaan yang berganda-ganda, namun semuanya disifatkan sebagai sia-sia andai kata perasaan isteri dibiarkan sedih begitu sahaja.

Advertisement

Syukur ada isteri sepertimu

Selain itu, sebuah video yang pernah dimuat naik oleh businessman tersebut sebelum ini juga pernah mengundang rasa syahdu di kalangan netizen. Nampaknya, lelaki ini benar-benar bersyukur kerana dapat menjadikan wanita itu sebagai isterinya. Bukan sahaja sweet saat mereka sudah mempunyai seorang anak comel, malahan dia pernah viral dahulu kerana sering membahagiakan hati wanita tersebut dengan pelbagai layanan baik.

Advertisement

 

Advertisement

Sumber : Instagram Hafiz Mahamad

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram