Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Tak Cukup Dengan Isu Coronavirus, Muncul Pula Wabak H5N1 Di Negara China

3rd February 2020
in Viral
Tak Cukup Dengan Isu Coronavirus, Muncul Pula Wabak H5N1 Di Negara China
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Seperti yang kita ketahui, seluruh dunia seakan-akan menjadi panik dengan penularan coronavirus memandangkan ia boleh mengancam nyawa seseorang. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, demikianlah perumpamaan yang cukup tepat bagi menggambarkan nasib negara China buat masa sekarang. Belum habis lagi kekecohan akibat tercetusnya wabak Wuhan itu, kini mereka terus diuji dengan kemunculan virus H5N1 atau bahasa mudahnya, selesema burung. 

BACA : Doakan Kami Selamat.. Warga Hosp. Sungai Buloh Risau Penangan Koronavirus

Bermula di sebuah ladang ayam

Jika virus corona mula merebak di pasar basah yang menjual pelbagai haiwan eksotik, H5N1 pula dikenalpasti tercetus di sebuah ladang bertempat di wilayah Hunan. Melalui laporan daripada Berita Harian, ladang berkenaan telah menternak sejumlah 7,850 ekor ayam. Malangnya 4,500 ekor daripadanya disahkan sudah terkena wabak tersebut dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Tak Cukup Dengan Isu Coronavirus, Muncul Pula Wabak H5N1 Di Negara China

Terpaksa lupuskan puluhan ribu ayam

Sebagai langkah drastik bagi mengelakkan wabak itu daripada terus merebak, pihak berkuasa di sana terpaksa menghapuskan 17,828 ekor ayam. Tidak cukup dengan itu, sebanyak 66,500 ekor ayam di kawasan pedalaman Mongolia turut dilupuskan memandangkan lebih 30,000 unggas (semua jenis burung) dipercayai terkesan sama.

Tak Cukup Dengan Isu Coronavirus, Muncul Pula Wabak H5N1 Di Negara China

Belum habis coronavirus, H5N1 pula datang

Sebenarnya pada 2013, wabak selsema burung pernah menyerang negara China sehingga ekonomi mereka bergolak teruk. Penularannya sekali gus menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit. Siapa menduga wabak yang pernah terjadi beberapa tahun dahulu kini datang kembali dalam penderitaan mereka menghadapi coronavirus.

Tak mudah terkena manusia tapi…

Selain batuk, selesema, kesukaran bernafas atau degupan jantung menjadi laju, berlakunya bleeding sewaktu membuang air kecil atau besar juga merupakan petanda anda mengalami H5N1. Namun melalui informasi daripada portal Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, virus ini tidak mudah merebak kepada manusia melainkan berlakunya persentuhan dengan naj1s atau berada dekat dengan unggas yang sudah terjejas.

Tak Cukup Dengan Isu Coronavirus, Muncul Pula Wabak H5N1 Di Negara China

Sumber : Berita Harian, Harian Metro, Portal Jabatan Perkhidmatan Veter1nar Negeri Perak, myhealth.gov

Tags: ayamChinacoronavirusH5N1hunanladangselesema burungwabak
Next Post
Tak Cukup Dengan Isu Coronavirus, Muncul Pula Wabak H5N1 Di Negara China

Bukan Main Gigih Buat TikTok, Gadis Tak Sedar Member Pakat Prank Tepi Jalan

Gaya Santai & Stylish dengan Dress Denim Ayuna
Pembersih Vakum Tanpa Wayar – Ringan & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)