Baru-baru ini menerusi sebuah program bual bicara ‘Mak Untuk Malaysia (MUM)’, pelakon Zarina Zainuddin telah berkongsi kisah sebelum mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar. Aktres tersebut turut mendedahkan sanggup bertemu dengan isteri pertama suaminya bagi dapatkan restu sebelum melangkah ke arah yang lebih serius.
BACA:Â Permintaan Tak Dipenuhi, Zarina Menangis Dihentak Anak Autisme Naik Angin
Zarina Zainuddin ada komen di sebuah posting Shahrulezad menerusi Instagram
Meskipun pada awalnya kedengaran baik-baik sahaja, namun ramai tidak tahu hakikat sebenar yang perlu ditanggung oleh ibu kepada 4 orang anak itu. Sebentar tadi, Zarina sempat tinggalkan komen di salah sebuah posting pengarah Shahrulezad berkaitan seorang wanita yang kini sedang hidup bermadu.
Ambil masa berbelas tahun…Kadang kala ada terasa hati dengan suami serta madu
Jelas pelakon drama bersiri ‘i-Tanggang’ itu, dia mengambil masa hampir berbelas tahun untuk cuba memahami serta pikat hati madunya. Bukan itu sahaja bahkan, selebriti berkenaan akui kadang kala terasa hati apabila menjelang perayaan Aidilfitri kerana suaminya tidak pulang ke rumah disebabkan perlu berkunjung ke kediaman isteri pertama.
Hubungan dengan madu dan bertambah baik
Difahamkan, terdahulu dia kurang bersefahaman malah kerap kali berlawan mulut dengan madunya. Bagaimana pun, dia akui kini hubungannya bersama wanita berkenaan sudah bertambah baik bahkan berjanji akan cuba untuk hidup bahagia bersama. Mengulas lanjut berkaitan isu poligami, Zarina sempat menitipkan pesan buat semua wanita di luar sana agar tidak mengambil suami orang kerana ia tidak seindah yang disangka.
Kredit: Instagram budakijatÂ