Kadangkala Tuhan mendatangkan kita dengan orang yang dalam kesusahan sebagai menguji keimanan dan keprihatinan sebagai hamba-Nya. Begitu juga dengan kisah seorang gadis ini yang hanya mampu menularkan nasib pak cik tua yang hidupnya merempat sebagai satu cara mendapatkan bantuan orang ramai.
BACA:Â “Hanya Berteduh Bukan Melarat..”- Viral Keluarga ‘PhD’ Nafi Hidup Merempat
Luluh hati tengok tempat tinggal dia..
Menerusi perkongsian di laman Twitter ini, gadis dikenali sebagai Nina telah menyedari kewujudan pak cik itu sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi. Malah lelaki itu juga seakan ‘membina’ penempatan sendiri di bahagian parking blok kediamannya sebagai tempat berlindung.
Lagi suka menyendiri, bukan harapkan duit saja
Difahamkan lagi, laporan kepada pihak jawatankuasa PPR sudah dibuat namun sehingga sekarang masih tiada tindakan yang diambil terhadap lelaki terbabit. Pak cik itu juga dikatakan suka hidup secara menyendiri dan hanya memperoleh makanan daripada penduduk setempat. Gadis ini juga dengan sopannya telah menolak sebarang bantuan wang daripada orang ramai.
Ramai prihatin terus bagi cadangan
Posting tersebut telah meraih lebih seribu retweets setakat ia dimuat naik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa simpati terhadap nasib warga tua ini. Tidak cukup dengan itu, mereka juga sempat memberikan cadangan kepada gadis ini mendapatkan bantuan pihak berwajib.
Sumber: Twitter @ninablosh