Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis

17th May 2020
in Viral
Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis
967
SHARES
5.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tidak dinafikan, kerjaya sebagai seorang penyampai berita menuntut seseorang memiliki daya keyakinan diri yang tinggi ketika menyampaikan maklumat di hadapan kamera. Selain daripada gaya perwatakan menarik, mereka juga perlu memastikan setiap ayat atau perkataan disampaikan dengan tepar dan benar demi mengelakkan berlakunya sebarang kesalahan.

BACA: [VIDEO] Baru Beria Nak Lapor Berita, Wartawan Tersasul Sampai Ramai Berdekah

Penyampai berita kena fokus…dengar salah terus tegur

Menerusi perkongsian di Twitter, penyampai di Astro Awani iaitu Afiezy Azaman telah memuat naik video semasa sedang bertugas dengan rakan sekerja iaitu Nailah Huda. Tatkala khusyuk membicarakan tentang jangkitan COVID-19 dan ‘Kawasaki Disease‘, Nailah tanpa disangka-sangka telah tersasul dan perkara itu disedari oleh pemuda berkenaan.

Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis

Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis

Malaysia mengesan satu masalah berkaitan COVID-19 dengan nama saintifik ‘raum’

Menerusi kapsyennya, lelaki tersebut sempat berseloroh mengatakan ‘Dr. Nailah’ telah membuat pengesahan mengejut mengenai penemuan baru berkaitan dengan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Tidak pasti apa yang mengganggu tumpuannya, Nailah tetap meneruskan ucapannya di hadapan kamera. Selepas teguran dibuat, Afiezy malah sempat tertawa kecil berikutan kejadian itu.

[TERKINI] Malaysia mengesan satu lagi penyakit berkaitan COVID-19 dengan nama saintifik 'raum'.

Perkara itu disahkan Pakar Penyakit Berjangkit yang tengah repeat paper Dr.@nylahuda Fauci.

Penat nak layan. Haihh pic.twitter.com/EGSMg79nmG

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) May 16, 2020

Salah tetap profesional…cover malu pun comel

Siapa sangka, video tersebut telah mendapat lebih seribu retweets setakat ini. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan cara Afiezy memberi teguran ‘padu’ kepada Nailah. Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang memuji wanita terbabit kerana mahir mengawal keadaan selepas mendapat teguran rakan sekerjanya.

Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis

Sumber: Twitter AfiezyAzaman, nylahuda

Tags: beritaComelpenyampaitahantersasul
Next Post
Tahan Gelak Member Tersasul, Gelagat Penyampai Berita Ini Memang Sempoi Habis

Anak 3 Tahun Terpelanting Keluar, Bapa Luah Syukur 4 Sekeluarga Masih Selamat

Bawal Cotton Belavoile Cantik dengan Corak Watercolor
Telefon Pintar 5G dengan Prestasi Hebat & Reka Bentuk Tahan Lasak

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)