Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

30th January 2020
in Viral
Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi
589
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap ibu bapa pastinya pernah berhadapan dengan masalah untuk memahami perilaku anak kecil kerana ia tidak semudah belajar ABC atau 123. Sikap si cilik ini sememangnya boleh berubah-ubah mengikut keadaan, suasana dan mood masing-masing walaupun kita sudah sedaya upaya mendidik mereka. Tapi ada kalanya mereka juga boleh melakukan perkara yang tak terjangka seperti dalam satu paparan video viral baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Kepala Tersangkut Lubang, Lawak Habis Gelagat Kucing Ini Dibebel ‘Omak’

Bawa balik anak kucing…letak dalam beg sekolah

Menurut pengguna Twitter bernama @hayxtx ini, dia telah berkongsi detik mengejutkan yang dibuat oleh sepupu kecilnya sewaktu balik dari sekolah. Walaupun pada awalnya murid perempuan itu mempamerkan muka tak bersalah, namun siapa sangka rupanya dia telah membawa balik seekor anak kucing di dalam beg sekolahnya. Kejadian itu sekali gus menyebabkan dia dibebel oleh ibunya sepanjang dalam perjalanan.

https://twitter.com/hayxtx/status/1222194237451620353?s=19

Dah hantar balik kucing tu…doakan dia berjaya dalam pelajaran

Meskipun kejadian itu lucu, namun ada juga pihak yang bimbang terhadap keselamatan anak kucing itu memandangkan matanya belum terbuka lagi. Jelas gadis berkenaan, ibu saudaranya telah pun menghantar semula haiwan tersebut ke tempat ia dijumpai. Selain itu, dia turut berharap agar orang ramai boleh mendoakannya supaya menjadi seorang murid yang cemerlang di sekolah.

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Nasib baik perasan…kalau sandar bag memang jadi waffle dik

Sejak dimuat naik semalam, rakaman video berdurasi 19 saat itu telah meraih lebih 14 ribu retweets dan 180 ribu jumlah tontonan setakat ini. Di samping terhibur dengan gelagat yang ditampilkan oleh kanak-kanak tersebut, rata-rata netizen juga tidak melepaskan peluang untuk menyatakan kisah nakal masing-masing suatu masa dahulu.

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Sumber: Twitter hayxtx

Tags: anakbawa balikbegbudakkucingmuridperempuansekolahsorok
Next Post
Suka Anak Kucing, Murid Ini Sumbat Dalam Beg Walaupun Mata Belum Terbuka Lagi

Gigih Angkat Veil Pengantin, Gadis Melatah Teruk Sampai Tukar Jadi 'Hantu Cina'

Kisah Cinta Abadi Dalam Al-Quran
Kurung Moden Elegan & Selesa untuk Sebarang Acara

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)