Kalau bercerita bab sedekah, tidak semestinya hanya melibatkan duit semata-mata. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk membahagiakan orang lain. Salah satunya adalah dengan cara berkongsikan makanan, malah tak dinafikan bahawa sikap ini masih diterapkan oleh masyarakat di kampung. Gambaran sama itu turut dikongsi kembali oleh pengacara terkenal iaitu Fedtri Yahya di Terengganu baru-baru ini.
BACA: “Jangan Pandang Rendah Penduduk Setinggan Sebagai Low Class” – Fedtri Yahya
Diberi keropok lekor oleh penduduk…memang gemar beri makanan pada tetamu
Menerusi video di Twitter, Fedtri Yahya meluahkan rasa terharu apabila seorang penduduk di sekitar kawasan perumahan itu sudi menjamunya serta beberapa orang kru dengan hidangan keropok lekor. Dalam pada itu, pengacara ‘Malaysia Hari Ini’ turut bimbang jika kehadirannya bakal menyusahkan wanita berkenaan. Namun, warga emas tersebut menafikan kerisauan berkenaan malah mengakui memang gemar memberikan makanan.
Akhlak orang kampung. Berbudi bahasa. Kata makcik ni: Rezeki Allah bagi dah, siapa yang tukang agihkan tu je kita tahu siapa…
Alhamdulillah🤲
Rezeki krew untuk hari ni pic.twitter.com/HnrVWu9yNc— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) November 15, 2020
Dah pasang niat nak bagi makan…sangat mesra ketika bersembang
Ujar Fedtri Yahya, wanita berusia 60-an berkenaan nekad bersedekah kepada mereka demi menunaikan hajatnya. Selain sempat bergambar bersama, warga emas ini juga dikatakan sangat mesra ketika bersembang serta sentiasa menggunakan masa sebaik mungkin dengan melakukan sebarang aktiviti.
Memang ini cara orang kampung, suka bagi makan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui bahawa kebanyakan penduduk kampung memang sangat terkenal dengan sikap suka menjamu orang makanan malah turut berkongsi pengalaman sama.
Sumber: Twitter fedtriyahya