COVID-19 telah setahun lebih melanda seluruh dunia tetapi masih wujud golongan yang tidak mempercayai pandemik ini. Mereka anggap ia merupakan suatu agenda yang tersembunyi serta sengaja direka-reka. Walaupun sudah ada simptom, masih ramai berdegil dan enggan membuat pemeriksaan. Namun siapa sangka pemikiran seperti ini akhirnya memakan diri.
BACA:Â Elak Guna Kau Aku Bila Marah, Suami Isteri Kena Bijak Cari Penyelesaian
Dah ada simpton pandemik tapi buat tak tahu… doktor suruh buat swab test tetap degil
Melalui perkongsian di Facebook, Dr, Malar Santhi menceritakan terdapat suami yang menghantar isterinya untuk membuat check up di klinik. Wanita itu disyaki mempunyai gejala COVID-19 namun tidak mengambil serius kerana menganggap pandemik itu satu penipuan. Lelaki itu juga rela mempertaruhkan kesihatan dengan tidak membuat swab test. Katanya, doktor cuma ingin mengangkut keuntungan dengan melakukan test berkenaan.
Dah tak bermaya baru nak pergi buat rawatan…buat check up sekali positive COVID-19.
Beberapa hari kemudian, suami isteri berkenan pergi lagi ke pusat rawatan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Setelah bersetuju membuat swab test, ternyata kedua-duanya disahkan positif wabak terbabit. Wanita itu terus dimasukkan ke pusat rawatan dan berada dalam keadaan nazak manakala suaminya sedang koma serta terpaksa diberi bantuan pernafasan.
Geramnya dengan suami isteri tersebut…degil akhirnya membawa padah
Menjengah ke ruangan komen. netizen rata-rata berasa marah terhadap sikap tidak endah suami isteri berkenaan. Ujar mereka, jika suami itu bersetuju untuk membuat swab test ke atas isterinya, sudah pasti keadaan mereka tidak seteruk sekarang.
Sumber: Malar Santhi Santherasegapan