Tak kiralah cahaya mata sulung atau kali ke berapa sekalipun, detik kelahiran sememangnya perkara yang ditunggu-tunggu oleh setiap suami isteri. Mana tidaknya selama 9 bulan lebih menempuh fasa kehamilan, moment kemuncak itu adakalanya boleh menyebabkan seseorang ibu bertindak luar jangkaan. Baru-baru ini pula, seorang wanita telah tampil berkongsi pengalaman bersalin sewaktu musibah COVID-19 melanda negara sekarang ini.
BACA:Â Bersalin Di Swasta Lagi Bagus Dari Kerajaan? Lelaki Bongkar Hakikat Mengejutkan
Tiada peneman dalam labour room…boleh hantar di pintu saja
Menurut Puan Anies Surianie, setiap ibu hamil wajib bersiap sedia dengan kawalan ketat daripada pihak pusat perubatan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Antaranya adalah suami atau waris tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin, sebaliknya mereka cuma boleh tunggu di perkarangan pintu masuk sahaja. Oleh itu para ibu dinasihatkan jangan panik dan sentiasa menurut arahan para doktor dan jururawat supaya dapat bersalin dengan selamat.
Sediakan barang secukupnya…paling penting belajar cara menyusu
Gara-gara tidak seorang pun pelawat dibenarkan untuk masuk, setiap ibu bersalin perlu bersedia untuk berdikari menjaga zuriat yang telah dilahirkan. Selain memastikan barang keperluan cukup di sisi, cara menyusu juga amat mustahak untuk dipelajari memandangkan langkah itu saja yang dapat menenangkan bayi. Biarpun ini tempoh bersalin kali kedua buatnya, namun Puan Anies tak menafikan bahawa perkara itu adakalanya sukar untuk ditempuh seorang diri.
Jangan mengeluh…minta ahli keluarga doakan proses bersalin
Justeru, dia menasihati setiap ibu atau bakal ibu di luar sana agar melakukan persediaan rapi menjelang detik kehamilan sepanjang tempoh penularan wabak berjangkit ini. Selain mempelajari ilmu sepatutnya, tagih doa daripada setiap kenalan dan ahli keluarga agar urusan dari masuk bilik bersalin hingga dibenarkan keluar berjalan lancar saja.
Sumber: FB Anies Surianie