Viral

Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo?

Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo?
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak beberapa minggu lalu, media sosial kita dihiasi dengan pelbagai kisah suka duka barisan mahasiswa institusi pendidikan tinggi yang berjaya bergraduasi. Daripada kisah perjalanan mendapatkan ijazah sehinggalah telatah lucu di dalam dewan konvokesyen, semuanya menjadi santapan hiburan buat kita. Namun bagi seorang pemuda ini, siapa menyangka tindakan membuat gaya lucu ketika acara berprestij itu berlangsung seolah-olah menempatkan dirinya dalam kebuntuan.

BACA : [VIDEO] Muka Pelik Masa Naik Pentas Konvo, Rupanya Petanda Bakal Bertemu Illahi

Inilah yang saya buat masa majlis graduasi

Mula dikongsikan ke ruangan Twitter pada 24 November lalu, graduan bernama Rahimie Ramli ini mula memberikan kucupan dan menggoyangkan bahunya ala-ala ‘gedik’ sewaktu kamera melintasi ruangan tempat duduk tersebut sehingga mengundang ketawa ramai. Pastinya keletah seperti itu bukanlah yang pertama kali kita saksikan. Bahkan sebelum ini, ada juga video-video graduan lain yang seumpama itu menjadi viral di media sosial.


Tiada siapa yang hubungi saya berkaitan skrol itu

Malangnya sewaktu pemuda ini hadir ke pusat pendidikan berkenaan untuk menuntut skrolnya, dia menjadi buntu memandangkan pihak pengurusan tidak menyerahkan sijil berkenaan. Apabila difikirkan semula tentang tatasusilanya ketika berada pada majlis konvokesyen tempoh hari, Rahimie juga merasakan dia tidak membuat sebarang ‘onar’ yang memungkinkan sijilnya ditarik. Masih tidak mengetahui punca sebenar, graduan ini nampaknya semakin buntu dengan situasi yang sedang dihadapinya.

Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo?

Saya berikan kucupan pada kamera dan goyangkan bahu. Itu pun sebelum majlis bermula. Masa tu siap ada staf maklumkan “kalau buat sekarang takpe, jangan buat masa atas pentas”. Saya cuma nak berikan kucupan pada ibu dan mak cik yang ada dalam dewan tu. 

Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo? Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo?

Takde masalah dengan footage tu…Bukan merosakkan majlis pun

Menjengah ke ruangan komen pula, nampaknya isu ini mendapat perhatian ramai netizen. Rata-ratanya juga berkongsikan rasa tanda tanya dan berharap agar kemelut pemuda ini dapat diselesaikan sebaiknya.


Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo? Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo? Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo?

Sumber : Twitter Rahimie Ramli


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Skrol Ijazah Masih Tak Diserahkan, Takkan Sebab Buat Gaya ‘Manja’ Masa Konvo?

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram