Masalah ekonomi yang semakin meruncing ternyata menjadi beban buat masyarakat masa kini. Terlalu sibuk dengan kerja membuatkan ramai di antara kita yang kurang bersosial dengan dunia luar. Budaya tidak sihat itu bukan sahaja boleh memberikan gangguan kepada emosi, malahan mengundang masalah lain seperti budaya kahwin lambat. Bahkan baru-baru ini, jutaan individu disahkan masih lagi tidak mendirikan rumah tangga dan fenomena tersebut digelar sebagai ‘bujang senja’.
BACA :Â Tak Couple Masa Study Petanda Single Selamanya? Wanita Ini Tolak Mitos Merepek
Tak perlu sindir orang yang kahwin lewat
Tidak kisah apa juga alasannya, hakikat berkenaan tidak seharusnya dipandang serong kerana setiap orang berhak membuat keputusan sendiri. Namun konflik berkenaan sempat dihuraikan oleh seorang lelaki bernama Ridzwan Mahazan menerusi Twitternya. Walaupun menyarankan agar orang ramai mengelak daripada memperlekehkan insan yang belum berkahwin, dalam masa sama dia berharap agar pilihan tersebut tidak dianggap perkara normal.
Habiskan sisa hidup tanpa peneman
Sudah beberapa tahun menetap di negara Jepun, Ridzwan sempat mendedahkan tentang impak budaya membujang ini yang juga dipanggil sebagai ‘kodokushi‘. Bagi kebanyakan masyarakat di negara matahari terbit berkenaan, trend tersebut bertukar negatif apabila mereka terpaksa mengharungi kehidupan seorang diri.
Menghitung hari terakhir hidup…Tiada teman berbicara
Sudahlah kesunyian kerana tiada teman istimewa untuk berkongsi hidup, malahan detik pemergian mereka kadangkala tidak disedari oleh sesiapa. Mungkin selama ini Jepun sering digambarkan dengan 1001 perkara mengagumkan, namun lelaki ini berharap agar pendedahan mengenai kodokushi dapat menjadi renungan bersama.
Sumber : Twitter RidzwanMahazan