Ekoran penularan coronavirus yang sudah tercetus sejak hujung tahun lalu, ekonomi global sering berhadapan detik getir. Khususnya buat industri penerbangan, mereka terpaksa menerima hakikat pahit tentang kemerosotan pendapatan memandangkan banyak urusan flight tergendala. Jika sebelum ini kebanyakan staf penerbangan akan mendengar suasana hiruk-pikuk orang ramai, kini semuanya bertukar sunyi. Kisah itu didedahkan sendiri oleh wanita bernama Wawa Sirhan menerusi Facebook.
BACA :Â Malaysia Hadap Gelombang Kedua Koronavirus, Cuti Sekolah Nanti Mohon Beringat
Dulu berebut mikrofon untuk buat pengumuman
Apabila mengenangkan semula perubahan drastik tersebut, jiwanya menjadi sedih kerana suasana kerja di KLIA yang dulu cukup meriah dengan ribuan penumpang kini cuma tinggal kenangan. Situasi berkenaan terjadi kerana banyak penerbangan sudah dibatalkan selain terpaksa ditangguh untuk masa yang lama. Hal ini semakin merisaukan kerana kerjaya mereka semua kini seolah-olah berada di hujung tanduk. Apalagi sewaktu memikirkan keluarga yang masih perlu ditanggung, Wawa mengakui begitu terkesan.
Terpaksa tunjuk senyuman untuk anak masing-masing
Bukan sahaja dirinya, malahan pekerja bawahan seperti tukang cuci juga bimbang memikirkan nasib mereka. Lebih menyedihkan lagi, ada yang ditamatkan kontrak dan bakal dihantar pulang ke negara asal memandangkan syarikat mereka berdepan krisis ekonomi meruncing. Walaupun berduka dengan situasi tersebut, Wawa berdoa dan berharap agar dirinya serta pekerja lain kuat mengharungi segalanya. Tidak kira apa juga yang bakal terjadi, kehidupan masing-masing harus diteruskan.
Sumber : Facebook Wawa Sirhan