Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup

16th March 2023
in Viral
Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup
610
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Umum sedia tahu bahawa awal bulan Mac lalu, negeri Johor telah dilanda musibah banjir yang sangat teruk dengan menyaksikan majoriti penduduk di negeri itu terjejas selain terpaksa menanggung kerugian apabila kesemua harta benda musnah dihanyut arus.

BACA: [VIDEO] Gaya Macam Filem Titanic, Pemuda Selamba Tidur Atas Tilam Redah Banjir

Penjual aiskrim ‘steady’ redah arus dengan Honda EX5

Berkongsi pengalamannya di Tiktok, seorang pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai pemburuhighwayy telah memuat naik sebuah video menyaksikan suasana di kampungnya yang turut dinaiki air, namun apa yang mencuri tumpuan bilamana seorang penjual aiskrim  dengan selambanya meredah arus di saat penduduk yang lain masih menunggu waktu sesuai untuk menyeberang.

@

♬ –

Dah panggil suruh tunggu kejap pun tak layan

Lebih mencuit hati apabila lelaki warga asing itu langsung tak hirau panggilan daripada beberapa orang penduduk kampung yang berada di situ agar tunggu sebentar. Demikian, susulan melihat arus air itu yang agak laju selain bimbang jika lelaki itu dan motosikalnya tidak cukup kuat untuk sampai ke hujung jalan.

Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup

Dah sampai hujung jalan termenung enjin motor tak hidup pula

Walau bagaimanapun, siapa sangka usahanya membuahkan hasil tetapi musibah lain pula yang menimpa apabila enjin motosikalnya tidak dapat berfungsi dengan baik, barangkali rosak disebabkan terkena air membuatkan dia termenung seketika mengenangkan nasib diri apabila pacuan dua roda kepunyaannya untuk mencari rezeki telah rosak. Namun begitu, mujur kerosakan yang dialami oleh motosikalnya tidak begitu serius dan kembali berfungsi dengan bantuan pemuda yang berada di kawasan kejadian.

Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup

Susulan video tular, ramai berkerumun di ruangan komen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat si penjual aiskrim itu yang sememangnya sangat berani mengambil risiko sedemikian, Melihat kegigihannya membuatkan mereka berandaian bahawa tidak lain pastinya dia amat berharap agar dapat menyelamatkan diri dan asetnya yang satu itu.

Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup

Bukan itu sahaja, sikapnya yang baik hati juga turut menjadi bualan apabila dia menghulurkan aiskrim kepada beberapa orang yang membantunya sebagai tanda berterima kasih.

Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup

Sementara itu, memetik laporan Kosmo, Keadaan banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif setelah jumlah penduduk yang terjejas berkurangan kepada 31,680 setakat jam 8 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 35,230 penduduk daripada 9,913 keluarga semalam.

Apapon, sama-sama kita mendoakan agar semuanya kembali pulih seperti sediakala.

 

Kredit: Tiktok pemburuhighwayy ,  Kosmo (Mohammad Faizal Hashim)

Tags: aiskrimbanjirjohormotorpusat pemindahan banjir

Related Posts

Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Selamba Redah Arus, Lelaki Termenung Dah Sampai Hujung Motor Tak Hidup

Padam Foto & Video Di IG, Julia Farhana Sudah Berhijab

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)