Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Selamba Main Dam Haji Depan Mata Polis, Masih Ramai Ingkar Perintah Hari Ke-2

19th March 2020
in Berita Semasa, Gaya Hidup
Selamba Main Dam Haji Depan Mata Polis, Masih Ramai Ingkar Perintah Hari Ke-2
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Meskipun tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah memasuki hari kedua, namun dukacitanya masih terdapat segelintir pihak yang seolah-olah ingkar terhadap arahan berkenaan.

BACA: COVID-19 Malaysia Menuju 1000 Case, Doktor Kecewa Masih Ramai ‘Gian’ Nak Travel

Masih ramai ingkar…berada di luar tanpa tujuan penting

Sebagai contoh, hasil rondaan pihak polis di sekitar bandaraya Klang siang tadi mendapati bahawa beberapa orang awam masih dilihat berjalan-jalan atau berkumpul di lokasi terbuka tanpa sebarang tujuan penting. Walhal jumlah kumulatif positif wabak pandemik itu telah meningkat sehingga 900 individu setakat tengah hari tadi.

Selamba Main Dam Haji Depan Mata Polis, Masih Ramai Ingkar Perintah Hari Ke-2
Kredit foto: Malaysia Gazette

Geng dam haji rancak bermain & melepak

Antara ragam masyarakat paling mencuri tumpuan sekali dalam Ops Covid-19 oleh anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ini adalah penemuan sekumpulan ‘geng dam haji’ yang sedang rancak bermain. Malah sewaktu dihampiri anggota bertugas juga, kesemua lelaki yang dianggarkan berusia 50 hingga 60 tahun itu dilihat tak berganjak langsung dari papan dam mereka.

Selamba Main Dam Haji Depan Mata Polis, Masih Ramai Ingkar Perintah Hari Ke-2
Kredit foto: Malaysia Gazette

Jelaskan penangan COVID-19…dinasihati supaya bersurai

Susulan itu, pegawai yang melakukan rondaan kemudiannya menyampaikan penerangan ringkas mengenai penularan wabak koronavirus serta kepentingan untuk sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung bulan ini. Sebaik selesai, kesemua individu berkenaan dinasihatkan pulang ke kediaman masing-masing bagi mengelakkan risiko dijangkiti.

Selamba Main Dam Haji Depan Mata Polis, Masih Ramai Ingkar Perintah Hari Ke-2
Kredit foto: Malaysia Gazette

Sumber: MalaysiaGazette

Tags: arahanbertugascovid 19damhajiingkarlepakpolis
Next Post
Selamba Main Dam Haji Depan Mata Polis, Masih Ramai Ingkar Perintah Hari Ke-2

Tergamak 'Buang' Ayah Sendiri Di Jalan Sunyi, Beri Ubat Tidur Sebelum Tinggal

Set Mandian & Wangian Elianto - Bau Manis Tahan Lama!
Pembersih Vakum Tanpa Wayar – Ringan & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)