mSedih mengenangkan golongan mahasiswa pendidikan tinggi yang terkandas di universiti masing-masing, ramai pihak tampil memberikan bantuan khususnya dari segi makanan. Tiada keluarga di sisi di samping wang saku yang semakin berkurangan, pastinya para pelajar menjadi resah mengenangkan nasib mereka sepanjang tempoh berkurung. Malang sekali, semua niat baik itu tidak disyukuri sebaiknya apabila ada yang seolah-olah tidak menghargai semua pemberian tersebut.
BACA :Â Sekolah Tutup Sebab COVID-19, Netizen Dengki Tergamak Desak Gaji Cikgu Dipotong
Bukan tak bersyukr tapi itulah…
Bagaikan tidak percaya, namun demikianlah hakikat yang berlaku. Sejak semalam, ruangan media sosial sibuk mengkritik tindakan seorang mahasiswa yang merungut selepas tidak berpuas hati dengan makanan diterimanya. Tidak pasti apakah punca sebenar, namun kebanyakan netizen berpendapat makanan tersebut masih kelihatan menyelerakan dan tidaklah terlalu teruk.
Tolong bagai nak rak, dia cakap macam tu
Dalam pada itu, individu yang sudah bermurah hati memberikan makanan tersebut sempat berkongsikan rasa kecewanya. Perkara itu dikongsikan semula oleh seorang rakannya bernama Hermy Rahim di Twitter. Apa yang pasti, dia begitu sedih dengan rungutan berkenaan memandangkan pihaknya sudah berusaha sehabis baik untuk membantu golongan pelajar.
Pandai akademik tak semestinya pandai bersyukur
Seperti jangkaan, mahasiswa yang menuntut di universiti bertempat di Bangsar, Kuala Lumpur itu menerima bermacam-macam teguran daripada pihak netizen. Selain merasakan bahawa pelajar tersebut kurang menyemai rasa bersyukur dalam diri selepas menerima rezeki daripada insan berhati mulia, ada juga yang merasakan dia masih belum cukup matang dalam membuat rungutan itu.
Sumber : Twitter Hermy Rahim