Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’

27th January 2020
in Viral
Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bergelar ‘syurga makanan’ menjadikan Malaysia begitu kaya dengan pelbagai hidangan menyelerakan. Dari siang sehingga malam, masih ada peniaga yang menjual makanan berat dan hal itu juga menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di kalangan rakyat tempatan. Meskipun sudah mengetahui risiko tabiat makan malam, mereka seolah-olah memejamkan mata asalkan dapat mengenyangkan perut sendiri. 

BACA : Awas Yang Asyik Fikir Pasal Makanan, Anda Mungkin Hidap Binge Eating Disorder

NES menyerang lelaki dan wanita

Namun pastinya ramai yang tidak sedar bahawa tabiat makan berkenaan sebenarnya mempunyai perkaitan dengan gejala NES (Night Eating Disorder). Menurut National Institute Of Mental Health daripada portal Hello Sehat, gejala ini sebenarnya menyerang semua orang tidak kiralah golongan wanita mahupun lelaki. Bukan itu sahaja, penghidap gejala ini juga cenderung untuk berasa lapar dan mengambil makanan di waktu malam memandangkan mereka kurang menjamu selera di siang hari.

Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Gambar sekadar hiasan

Siang sibuk kerja sampai lupa makan

Kesibukan bekerja sehingga tidak sempat menjamu selera pada waktu siang juga mengundang permasalahan ini. Maka tidak hairanlah sekiranya perut anda minta diisi memandangkan rasa lapar tadi sudah ‘ditunda’ ke waktu malam. Walaupun makan malam sudah menjadi kebiasaan khususnya buat rakyat Malaysia, namun ia harus dikawal agar tidak mengundang bahana pada badan sendiri.

Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Gambar sekadar hiasan

Tekanan perasaan mempengaruhi gejala NES

Bercakap mengenai punca lain kepada gejala NES ini, Mingguan Wanita melaporkan bahawa masalah stress juga memberikan impak kepada kawalan perut anda. Apabila tertekan, kita lebih gemar mengunyah sebagai jalan penyelesaian untuk melegakan diri. Lebih-lebih lagi untuk golongan yang mengalami depresi di mana mereka selalunya lebih banyak berfikir sebelum tidur. Antara langkah yang boleh dibuat bagi mengatasi gangguan makanan ini adalah menjaga waktu makan sebaiknya dan berjumpalah dengan doktor sekiranya ia semakin melarat.

Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Portal Mingguan Wanita, Hello Sehat

Tags: gejalamakanmalamnesnight eating disorderpuncatidur

Related Posts

Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Sebelum Tidur Mesti Perut Rasa Lapar, Awas Anda Mungkin Menderita Gejala ‘NES’

Jangan Ambil Mudah Masalah Kencing Perit, Wanita Harus Tahu Cara 'Cebok' Betul

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)