Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

4th January 2020
in Viral
Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk
612
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun pernah berhadapan dengan krisis dalaman sehingga perlu menamatkan tayangan, namun rancangan Running Man terus mengorak langkah baru dan akhirnya diterima semula apabila rating mereka dilihat kembali stabil. Meskipun lebih banyak membuat permainan indoor sekarang, namun siapa menyangka usaha tersebut masih membuahkan hasil dan mengundang tawa di kalangan penonton. Bahkan pada episod terbaru juga, mereka terus mencatatkan rating tertinggi berbanding rancangan lain.

BACA : [VIDEO] Main Game Dilarang Gelak, Kwangsoo Jungkook Paling Perit Tahan Ketawa

Siapa ketawa, akan pakai make-up lucu

Seperti episod 473 yang disiarkan pada penghujung Oktober lalu, produksi sekali lagi membuat permainan ‘tahan gelak’ dalam sebuah bilik mesyuarat untuk menguji semua pemain. Namun pada pusingan kali ini, kegagalan menahan ketawa akan menyebabkan pemain berkaitan menerima denda dalam bentuk solekan yang begitu lucu. Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu ‘Team Writer‘ dan ‘Team Produser‘, mereka perlu memerhatikan gerak gerak geri setiap ‘tetamu’ yang akan melawat ke ruang berkenaan.

Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

Watak lucu pada episod lepas buat kemunculan semula

Seperti yang sudah dijangka, setiap tetamu berkenaan hadir dengan kejutan yang begitu melucukan sekali. Bermula dengan seorang technician berstokin pelik serta wanita berwajah biru berbulu, setiap pemain begitu ‘menderita’ untuk menahan gelak lebih-lebih lagi mengenangkan semula kemunculannya pada episod sebelum ini.

Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

Kelemahan sebenar Kwang-soo adalah kemunculan Han Ki-bum

Tidak cukup dengan itu, seorang lelaki yang tiba-tiba masuk memberikan air kopi juga seolah-olah memecahkan suasana. Teruja kerana menerima air kopi percuma, kebanyakan pemain terus meneguk air berkenaan tanpa menyedari kandungan sebenarnya yang berupa kuah sup daging. Namun begitu, kemuncak pusingan berkenaan benar-benar menggagalkan semua peserta apabila Han Ki-bum atau lebih dikenali sebagai ‘pelanduk 2 serupa’ kepada Kwang-soo membuat kemunculannya (minit 8:50).

Bila dia muncul, semua orang akan gelak

Kwang-soo yang ketika itu tenang duduk di atas kerusi terus terbahak-bahak sehingga jatuh tersembam atas lantai. Bahkan suasana bertambah lucu apabila bekas pemain bola keranjang Korea Selatan yang berusia 55 tahun itu mengenalkan diri sebelum menari ala-ala kumpulan idol terkenal. Sebenarnya, ini merupakan kemunculan kali ketiganya dan hakikat bahawa dia memiliki rupa yang sama dengan ahli tetap Running itu seringkali mengundang tawa.

Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

Sumber : Youtube SBS in, 

Tags: Gelakkembarkwangsoopelanduk dua serupa. han ki-bumrunning mantahan
Next Post
Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling ‘Terciduk’ Teruk

[VIDEO] Tak Bagi Markah Penuh Walau Masak Sedap, Suami Terkedu Dengar Ayat Bini

Beg Bahu Bergaya Korea, Gaya Selebriti Internet!
Telefon Pintar 5G Terpantas dengan Bateri Tahan Lama!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)