Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Pelik

Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist

6th January 2023
in Pelik, Viral
Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist
686
SHARES
3.8k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam cuaca yang tidak menentu sekarang, ditambah pula dengan kekerapan hujan yang sering mengakibatkan air naik di kawasan-kawasan bandar, orang ramai menjadi lebih berwaspada dan saling mengambil berat tentang kehidupan jiran tetangga serta rakan-rakan yang mungkin terjejas akibat banjir.

BACA: Pakai Tudung Untuk Menyamar, Pendaki Merdeka 118 Selamba Dedah Cara Menceroboh

Jadi apabila sebuah video yang tular di platform Twitter baru-baru ini menunjukkan rumah seorang lelaki Cina dibadai hujan lebat, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dan berharap pakcik tersebut mendapat pertolongan segera.

Video yang telah meraih lebih setengah juta tontonan itu dikongsikan oleh pengguna Twitter atas nama Abang Skema di mana sebuah rumah kayu yang dipercayai berlokasi di Jalan Sentul Pasar sedang ditimpa hujan. Namun apa yang membuat penonton garu kepala adalah air hujan hanya membasahi rumah ‘uncle’ itu seorang.

Kejadian aneh dekat Jalan Sentul. Rumah uncle ni je terkena hujan pic.twitter.com/jeaj5tcKVL

— Abang Skema (@iNerd__) January 5, 2023

Dalam video yang berdurasi 1 minit 15 saat berkenaan, pemilik video dapat didengari cuba bertanyakan kepada pemilik rumah tersebut jika rumahnya sudah mula banjir. Walaupun jawapan ‘uncle’ itu tidak dapat didengari, bahasa badannya menunjukkan dia kecewa dengan situasi tersebut.

Video yang disertakan dengan kapsyen “Rumah ni je banjir, rumah dia saja yang ditimpa hujan” membuat rata-rata penonton percaya rumah lelaki itu sedang ditimpa hujan lebat dan tertanya-tanya bagaimana fenomena itu boleh berlaku.

Namun segala persoalan terjawab apabila individu yang merakam video itu mengalihkan kamera ke bahagian luar rumah untuk menunjukkan sebuah kereta Iswara yang telah menghentam paip air di tepi jalan sehingga pecah. Akibatnya paip air yang bocor memercikkan air keluar dan menghujani rumah ‘uncle’ tersebut.

Kesudahan video yang tidak diduga itu membuatkan netizen pecah perut kerana langsung tidak menjangka plot twist sedemikian.

“Ribut takda, angin takda, Tau2 hujan…”

Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist

“Aku ingat hujan dari langit rupanya…”

Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist

Sumber: Twitter Abang Skema

 

 

 

 

 

 

Tags: banjirhujanpaip bocor

Related Posts

Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist
Keluarga

Duit Lesap Dalam 3 Hari, Suami Isteri Puas Belanja Beli Iphone Guna Duit Pesara

29th March 2023
Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist
Artis

Bagi Kenyataan Tanpa Hujah, Adik Ipar Diana Danielle Persoal Punca Anak Trauma?

29th March 2023
Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist
Artis

Dipujuk Namun Tak Dilayan, Diana Tetap “Kekal” Dengan Tindakan Tak Nak Berbaik

28th March 2023
Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist
Artis

Farid Ambil Langkah Cuba Memujuk, Diana Tepis Dakapan Tanda Tidak Mahu Berdamai

28th March 2023
Next Post
Rumah Uncle Ditimpa ‘Hujan’ Undang Kasihan, Tak Sangka Pula Ada Plot Twist

Pernikahan Syamsul Tanpa Pengetahuan Saya - Datuk Yusof Haslam

BAJU KURUNG

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)