Pertemuan dan perpisahan itu lumrah kehidupan. Sekuat apapun digenggam jika sudah takdir berkata sebaliknya, pasti tidak akan bersatu, meskipun hubungan yang terbina memakan tempoh puluhan tahun sekalipun.
BACA:Â [VIDEO] Ikut Jodoh Pilihan Keluarga, Tak Sangka Rupanya Teman Wanita Sendiri
Bermaskot katak hadir majlis ex
Kecewa itu pasti. Begitulah juga yang mungkin dirasai oleh pemuda ini tetapi apa yang membuatkan ramai mengaguminya apabila dia masih tersenyum dan kuat untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya walaupun dalam keadaan bermaskot yang mana ‘moment’ itu dapat dilihat menerusi perkongsian tiktok  Encik Dobi
https://www.tiktok.com/@encik_dobi/video/7206946157799509274
7 tahun bukan waktu yang singkat, tapi inilah takdirnya.
Menurut pemuda itu, hubungannya dengan teman wanitanya yang sudah memasuki usia 7 tahun berdepan sedikit masalah sehingga akhirnya membawa kepada perpisahan. Tambah pemuda itu lagi, bagaimanapun dia tidak dapat mencari punca sebenar mereka berpisah, namun sudah menerima hakikat jodoh kedua-duanya sampai di situ sahaja.
Kita dah macam family sendiri, maaf datang dalam keadaan macam ni
Lebih menyentuh hati apabila menyaksikan detik pemuda itu bertemu dengan orang tua pengantin perempuan di luar dewan sebelum dia beransur pulang. Kelihatan sayu wajah kedua-duanya melihat kehadiran pemuda itu, barangkali tidak menyangka kisah mereka tidak berhujung dengan kebahagiaan seperti yang diharapkan.
Muka ayah perempuan nampak sebak
Menjengah ke ruangan komen, ramai berpendapat bahawa keakraban pemuda itu dengan keluarga bekas teman wanitanya tidak dapat disangkal lagi. Demikian, susulan melihat raut wajah lelaki berbaju melayu biru (ayah pengantin) itu sepertinya sedang menahan sebak ketika disapa pemuda berkenaan.
Di sebalik topeng ada kesedihan
Selain itu, mereka turut tersentuh melihat situasi tersebut sehingga ada yang berandaian bahawa tujuannya memakai maskot tidak lain pastinya ingin menyembunyikan kesedihan yang dirasai sewaktu menghadiri majlis tersebut.
Janji Allah itu pasti, kuatkan semangat
Dalam waktu sama, mereka turut menitipkan kata semangat buatnya dan yakin bahawa ada rezeki lain yang Allah telah siapkan selepas kesedihan dan kekecewaan yang dilalui.
Kredit: Tiktok Encik DobiÂ