Hiburan

‘Ratu Irama Malaysia’ Bawa Lagu Rock, Nyanyian Noraniza Idris Nyata Memukau..

‘Ratu Irama Malaysia’ Bawa Lagu Rock, Nyanyian Noraniza Idris Nyata Memukau..
Rasaflix

Sharing is caring!

Program realiti ‘Gegar Vaganza Musim 7’ pada tahun ini bakal menyaksikan nyanyian 14 peserta daripada kalangan artis tempatan seperti Noraniza Idris, Aju, Ashira, Ayu Damit, Cliff Umar, Eva, Linda Nanuwil, Haslinda, Indigo, Mus, Nomad, Oja, Rozita Izlyn serta Yantzen Juniwan. Meskipun perlu mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan, namun konsert tersebut dilihat berlangsung dengan lancar.


Selalu dengar nyanyian etnik kreatif, tapi malam tadi Noraniza Idris bawa lagu genre rock

Selama ini, kita mengetahui bahawa ‘Ratu Irama Malaysia’ iaitu Noraniza Idris sering membawakan lagu bergenre etnik kreatif. Namun pada malam tadi, artis wanita itu telah menyanyikan lagu rock ‘Akan Ku Tunggu’ dan ternyata menjadi tumpuan penonton. Dia yang cantik mengenakan pakaian serba hitam dilihat berjaya menyampaikan nyanyian tersebut dengan sempurna. Lebih menariknya, persembahan berkenaan turut diiringi dengan muzik oleh dua orang pemain gitar.


Persembahan rock daripada Noraniza Idris bertenaga…dulu tunggu untuk AJL, sekarang GV

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Awallah Dondang’ ini juga berjaya menduduki tempat kedua tertinggi selepas Ayu Damit. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian yang sangat bertenaga daripada Noraniza Idris. Selain menyatakan persembahan tersebut semalam lebih baik berbanding minggu lepas, mereka juga mengakui sering teruja untuk melihat artis wanita ini beraksi di atas pentas.


‘Ratu Irama Malaysia’ Bawa Lagu Rock, Nyanyian Noraniza Idris Nyata Memukau..

‘Ratu Irama Malaysia’ Bawa Lagu Rock, Nyanyian Noraniza Idris Nyata Memukau..

‘Ratu Irama Malaysia’ Bawa Lagu Rock, Nyanyian Noraniza Idris Nyata Memukau..

Sumber: Instagram astrogempak, Facebook Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

‘Ratu Irama Malaysia’ Bawa Lagu Rock, Nyanyian Noraniza Idris Nyata Memukau..

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram