Tidak dinafikan, sepanjang tahun ini negara Malaysia telah diuji dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Bukan sahaja aspek ekonomi, malah banyak institusi pendidikan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Meskipun mencabar, namun warga pendidik terus berusaha dengan melakukan kelas secara atas talian agar para pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
BACA:Â Sanggup Redah Hujan Serah Homework Di Rumah Pelajar, Sikap Mulia Guru Dipuji
Awal pagi dah mulakan kelas…tak mudah nak ajar online, tapi berusaha untuk nikmati & enjoy detik ini
Terbaru di Facebook, Cikgu Nancy Maria berkongsi beberapa foto tatkala sedang mengajar kelas online pada awal pagi tadi. Namun kemunculannya telah mencuri tumpuan ramai selepas dilihat rajin berhias serta cantik mengenakan busana tradisional suku Dusun Tatana, Kuala Penyu. Meskipun tugas tersebut bukan semudah seperti disangka, namun beliau akui perlu melalui detik itu dengan hati yang gembira.
Semangat students nak belajar online kalau cikgu cantik macam ni…bangga pakai busana tradisional
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji kejelitaan Cikgu Nancy Maria dengan busana tradisonal tersebut. Selain berjaya membuatkan para pelajarnya nampak ceria, mereka juga mengagumi keperibadian guru Tingkatan 6 berkenaan kerana mempunyai personaliti tersendiri. Secara keseluruhan, posting di Facebook itu juga telah meraih lebih 300 komen sejak dikongsi.
Sumber: Facebook Nancy Maria