Genap setahun laporan kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra yang sehingga kini masih menjadi misteri. Pelbagai usaha dan ikhtiar turut dilakukan oleh keluarganya, namun masih buntu ke mana hilangnya anak kelima daripada enam beradik itu. Bapanya, Mohd Fauzi Abdul Ghafar mengakui tidak senang duduk selagi anak kesayangannya yang mesra disapa Zahir tidak ditemui.
BACA :Â Suami Hilang Kerja, 5 Beranak Hanya Mampu Menjamah Nasi Kosong Setiap Hari..
Sudah bermacam mimpi & andaian aku lalui..
Muhammad Zahiruddin dilaporkan hilang selepas keluar bermain bersama rakan di kawasan berdekatan rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra, Bangi pada 15 April tahun lalu. Bimbang akan keselamatan, Fauzi kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu pada hari kejadian. Malah kerinduan terhadap Zahir semakin menebal sehingga bermacam-macam andaian dan mimpi telah dilalui, berharap ia adalah petunjuk di mana anaknya berada.
Hanya sempat berpandangan & tersenyum..
Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Fauzi memaklumkan sejak kehilangan itu dia serta anak-anaknya sering bermimpi mengenai Zahir. Menurut bapa berusia 46 tahun ini, pernah satu malam dia bermimpi dikelilingi orang berjubah dan membawa tongkat sebelum terlihat kelibat Zahir yang sedang senyum ke arahnya. Manakala, anak sulungnya bermimpi kanak-kanak itu sedang leka bermain di dalam sebuah pondok buruk namun hanya menoleh saat namanya dipanggil.
Pergi balik, nanti kau pun hilang seperti aku…
Sementara itu, anak keduanya iaitu Dayana turut mengalami mimpi yang sama berjumpa Zahir sedang minum di dapur rumah dan dalam mimpi tersebut dia sempat berbual dengan adiknya. Namun respon yang diberikan Zahir mengejutkan apabila dia menasihati agar kakaknya segera pulang supaya tidak mengalami nasib sepertinya. Bagaimanapun segala usaha dan ikhtiar telah dilakukannya, kini Mohd Fauzi hanya mampu berdoa dan meminta agar anaknya Zahir segera ditemui selain menaruh harapan kanak-kanak itu kembali ke pangkuan keluarga.
Sumber : Facebook Mohd Fauzi