Sebagai manusia, kita disarankan untuk sentiasa berbuat baik kepada semua orang tidak kiralah tua, muda, berpangkat mahupun sebaliknya. Malah pahala setiap kebaikan yang kita dilakukan itu juga akan menjadi saham di akhirat kelak. Begitulah perkongsian beberapa video pemilik akaun Instagram yang bernama Armaini Imay memaparkan seorang pramugara ketika melayani penumpang warga emas sehingga menjadi viral baru-baru ini.
BACA :Â Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit
Pramugara sabar layan nenek (Swipe ke kiri untuk video seterusnya)
Pesawat syarikat penerbangan Indonesia yang dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Palangkaraya itu, pramugara berkenaan kelihatan sabar memberi servis mesra kepada nenek berusia 117 tahun tersebut kerana tidak mahu membuka tali pinggang keledarnya. Sedangkan ketika itu pesawat sudah pun mendarat dengan selamat.
Suap makan & minum persis ibu sendiri
Lelaki itu bertindak menyuap makan dan minum pada wanita warga emas tersebut dengan penuh kasih sayang persis melayani ibu sendiri. Disebabkan kebaikan itulah, nenek berkenaan akhirnya membuka tali pinggang keledar.
Raih 40,000 retweets daripada netizen
Video ini turut dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @the4rel dan ia telah mencuri tumpuan ramai sehingga meraih hampir 40,000 retweets dan 60,000 tanda suka daripada netizen.
https://twitter.com/the4rel/status/1196057750070972417
Orang tuanya didik dengan baik, nangis tengok..
Rata-rata netizen tersentuh melihat tindakan pramugara yang baik hati itu lalu membanjiri ruang komen. Malah kata mereka lagi, inilah hasil didikan yang baik daripada ibu bapanya.
Sumber : IG Armaini Imay , Twitter the4rel