Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura

5th February 2023
in Artis, Cinta & Perhubungan, Hiburan
“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura
2.4k
SHARES
13.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Jumaat lalu, konsert pertama penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw berjaya menggamit kenangan 3,000 penonton yang hadir menyaksikan ‘Ada Apa Dengan Melly?’ bertempat di Plenary Hall Convention Kuala Lumpur. Difahamkan, persembahan nyanyian tersebut telah berlangsung selama dua hari di lokasi yang sama.

BACA: Isteri Bakal Bersalin, Fattah Amin Throwback Detik Kenal Fazura-Kacaknya Awak

Bertemakan ‘Back To School’, penonton yang hadir kelihatan sporting berpakaian sekolah

Sepanjang tiga jam konsert berkenaan, hampir 30 buah lagu telah dipersembahkan bagi mengubati kerinduan para peminat. Meriah dengan tema ‘Back To School’, beberapa orang artis tanah air juga kelihatan memenuhi ruangan tempat duduk penonton termasuklah pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura. Tidak dinafikan, masing-masing kelihatan sporting berpakaian mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

@zalizacherus

Manja kali YOYO ni ya gais… geram sangat!!!! Thanks @Kimsyaf bawak YOYO ke konsert Melly #yoyothecat #yoyomanjakali #catlover #mellygoeslaw #mellygoeslowconcert2023 #sekolahmuzikmellygoeslow #adaapadenganmelly #30tahunmelly #30tahunmellyberkarya #mellygoeslawliveinmalaysia #iconentertainment #feb2023

♬ original sound – Maznah_ke_tu – Maznah_ke_tu

@tyaarifinnw

Sape pernah pakai kain singkat sekolah dulu🤣😂 | @Siti Nurhaliza pengawas sangat ! #fyp #mellygoeslaw #concert #sitinurhaliza #kubahagia

♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw

Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pula

Dalam pada itu, Fazura telah berkongsi sebuah rakaman pendek menunjukkan kegigihan suami membantu dirinya membaiki tudung yang dipakai. Fattah kelihatan sangat berhati-hati ketika menyematkan peniti pada tudung dipakai isterinya. Walaupun sering membebel kerana mahu terlihat sempurna, namun pelakon drama ‘Hero Seorang Cinderella’ itu tetap sabar melayan kerenah pasangannya.

@fazuraofficial

Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih.. anyway, loveee you @Fattah Amin 😚

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Tudung tajam tu memang ikut trend zaman sekolah dulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat comel pasangan suami isteri tersebut. Selain itu, masing-masing sempat memuji kecantikan Fazura mengenakan pakaian sekolah pada malam berkenaan.

“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura

Di samping itu, ada yang berasa kagum melihat kebolehan Fattah meletakkan peniti pada tudung isterinya.

“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura

Netizen sempat berseloroh kononnya Fattah kelihatan seperti sedang menyiapkan cahaya mata mereka, Fatima untuk ke sekolah.

“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura

Kredit: TikTok fazuraofficial, zalizacherus & tyaarifinnw

Tags: cerewetFattah AminFazuramelly goeslowtudung

Related Posts

“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura
Artis

Bagi Kenyataan Tanpa Hujah, Adik Ipar Diana Danielle Persoal Punca Anak Trauma?

29th March 2023
“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura
Artis

Dipujuk Namun Tak Dilayan, Diana Tetap “Kekal” Dengan Tindakan Tak Nak Berbaik

28th March 2023
“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura
Artis

Farid Ambil Langkah Cuba Memujuk, Diana Tepis Dakapan Tanda Tidak Mahu Berdamai

28th March 2023
Next Post
“Pipi Tembam Nanti” – Minta Betulkan Tudung, Fattah Sabar Layan Kerenah Fazura

"Awak Comeback Dengan Bagus" - Tiada Lagi Rajuk, Mummy Puji Naim & Sissy

BAJU KURUNG

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)