Baru-baru ini, salah seorang daripada peserta pertandingan ratu cantik di Sabah, Unduk Ngadau 2019 telah mendapat perhatian ramai netizen Malaysia gara-gara mempunyai nama seperti seorang IsIam. Menurut laporan sebuah portal berita, Nurul Yanadido yang berasal dari Kota Marudu ini malah terpaksa membawa surat pembaptisan sebagai bukti bahawa dia bukan lah penganut agama tersebut kepada pihak penganjur.
BACA:Â “Rasa Macam Mimpi” – Uchee Tak Sangka Nama Makin Glamor Walaupun Bidan Terjun!
Terdahulu, nama wanita ini telah tular di laman media sosial kerana ramai yang beranggapan pada mulanya seorang peserta MusIim telah menyertai pertandingan ini, sedangkan larangan tersebut telah pun ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran IsIam Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah.
Wow, ni baru best sebab ada IsIam masuk!
Begitupun, ada beberapa pihak dalam kalangan netizen yang menjelaskan bahawa nama seperti itu sebenarnya sudah biasa diamalkan oleh masyarakat di negeri tersebut kerana tertarik dengan keindahan namanya.
Sebenarnya, dalam Sabah ramai juga Non-MusIim guna nama macam ni
https://twitter.com/LinaKlasik/status/1125669283718021120
Nama tidak melambangkan agama…
Nama je tu MusIim…tapi yang sebenarnya dia Kristian, macam saya juga
Dalam keputusan akhir pertandingan tersebut, Nurul berjaya meraih gelaran dalam beberapa kategori iaitu Miss Natural Beauty, Miss Cahaya Bridal, Miss Popular dan Miss La Soul.
Sumber:Â Astro Awani, Twitter LinaKlasik & FB Unduk Ngadau Kota Marudu