Kalau tengok dua tiga kali pun pasti tak percaya yang gadis cantik ini wakil Malaysia bagi Miss International 2019. Charmaine Chew yang juga antara bekas peserta Top 10 bagi Miss Universe Malaysia 2018 turut pernah dinobatkan ‘Miss Miko Galere Exceptional Coiffure’ dalam pertandingan tersebut. Walaupun baru sahaja 2 jam nama peserta diumumkan, namun sudah ramai peminat ratu cantik telah mula menyokongnya.
BACA:Pernah Mewakili Malaysia Ke China, Ratu Cantik Ini Tak Mahu Dibezakan Di IPTA
Bring Home The Crown, Queen
Gadis cantik ini berketinggian 173 cm dan baru berusia 23 tahun. Charmaine yang juga berasal dari Alor Star, Kedah akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss International yang bertempat di Jepun pada bulan November nanti. Selain bekerja sebagai model, dia turut terlibat sebagai hos dan juga jurucakap awam bagi majlis-majlis tertentu.
She’s too hot to handle !
Ramai peminat peserta ratu cantik ini mula teruja dengan pencalonan dirinya dalam pertandingan yang berprestij itu. Mereka juga mengakui kecantikan yang dimilikinya adalah luar biasa dan turut berbangga dimana gadis itu akan mewakili Malaysia tak lama lagi.
Sumber: Twitter Achu Nadia & Instagram Charmaine Chew