Masih ingat lagi pada Azzam Shah yang pernah menyertai rancangan hiburan ‘Idola Kecil Musim 2’ pada tahun 2009? Menerusi ‘Big Stage 2020′ pula, penyanyi lelaki ini dilihat menggunakan teknik yang seakan-akan sama untuk persembahan final malam tadi.
BACA: [VIDEO] Tersasul Sebut Nama, Lawak Habis Tengok Sissy Imann Layan Ragam Peminat
Nyanyi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’…jadikan video dengan ibu untuk persembahan pertama
Dengan membawakan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza, persembahan Azzam Shah antara yang berjaya menarik perhatian dalam kalangan penonton. Namun lebih menarik lagi, peserta lelaki ini telah menjadikan video bersama ibunya untuk persembahan yang pertamanya. Dia yang mengenakan suit hijau turut dilihat menyanyi dengan penuh feeling.
11 tahun berlalu, tapi Azzam Shah tetap jadikan ibu sebagai ‘pembakar’ semangat
Nyanyian memukau itu secara tak langsung telah mengimbau semula persembahan Azzam Shah pada tahun 2009 tatkala menyertai program hiburan ‘Idola Kecil Musim 2’. Meskipun sudah 11 tahun berlalu, namun peserta lelaki tersebut tetap memilih ibunya sebagai ‘pembakar’ semangat di atas pentas. Throwback ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu @nazurayusof.
https://twitter.com/nazurayusof/status/1312746822285180929?s=19
Azzam Shah diumum sebagai juara ‘Big Stage 2020’
Dengan memperoleh markah tertinggi, ia sekali gus melayakkan Azzam Shah bergelar juara ‘Big Stage 2020′. Naib juara pula disandang oleh Usop manakala tempat ketiga menjadi milik Qody Rany.
Sumber: Instagram Astro Gempak, Twitter nazurayusof