Pernah tak anda perasan apa yang sering anda fikirkan kebetulan pula tersama dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Sebagai contoh kebelakangan ini anda sering terfikir untuk bercuti ke Pulau Redang. Tiba-tiba bila anda melayari laman sosial, ternampak pula ramai kawan di kalangan pengikut anda telah pergi ke sana. Situasi inilah yang dinamakan sebagai ‘law of attraction’.Â
BACA: “Gambar Tepi Tu Masa Sekolah Menengah.. Hari2 Kene Ejek Dengan Senior Lelaki”
Pernah dengar pasal law of attraction
Walau duduk jauh negeri, tapi kongsi hobi sama
Seorang lelaki bernama Nasir di Twitter baru-baru ini ada mengulas tentang perkara ini secara terperinci. ‘Law of attraction‘ adalah satu teori merujuk kepada keadaan di mana fikiran manusia umpama magnet yang akan menarik apa sahaja perkara yamg mereka inginkan kerana minda mempunyai gelombang frekuensi yang akan dikongsikan dengan alam sekeliling.Â
Kita umpama magnet.. menarik apa yang kita inginkan
Kalau fikir benda baik.. semua akan jadi baik
Janganlah asyik fikir benda susah, takut
Sekeliling kau akan berubah tengok apa yang kau fikirkan
Ringkasnya, apa yang berlaku dan dilihat di sekeliling seseorang itu sebenarnya berbalik semula kepada apa yang sering difikirkannya. Jika mereka banyak memikirkan perkara positif, maka yang berlaku di sekeliling mereka juga perkara yang baik-baik kerana telah dikawal oleh minda. Oleh itu adalah tidak elok jika manusia terus memikirkan sesuatu yang dirisaukan dan ditakutkan mereka. Perkongsian lelaki ini telah meraih sokongan ramai netizen yang rata-ratanya turut berpendapat sama tentang konsep ‘law of attraction’.
Law of attraction ni sangat berkesan
Ada kena mengena dengan naluri ibu
Kalau nak kan sesuatu, gambarkan ia
Sumber: Twitter NasirPasir