Tidak dinafikan ramai daripada kita pernah kecewa apabila hubungan yang terjalin putus di tengah jalan. Namun ia tak bermaksud itu penamat segalanya kerana soal jodoh mungkin boleh dirancang tapi bukan ditentukan oleh manusia.
BACA: Tak Dipilih Sebarang Lelaki, Abang Wanita Ini Naik Angin Di Program Cari Jodoh
Kenal ex-boyfriend pertama pada tahun 2009…tapi hubungan tak dapat bertahan lama
Itulah yang berlaku kepada seorang pengantin baru dikenali sebagai Hanna Shuaib yang tular di Twitter baru-baru ini. Wanita manis ini mengakui pernah kenal rapat dengan seorang jejaka sejak tahun 2009. Namun hubungan dengan first boyfriend tersebut tak mampu bertahan lama dan mereka telah officially berpisah.
Tak sangka berjodoh semula dengan ex boyfriend…Alhamdulillah
Tapi sesungguhnya jodoh itu adalah rahsia dan takdir Tuhan yang paling indah. Siapa sangka, dia telah bertemu semula dengan jejaka yang sama sekitar 5 tahun lepas. Selepas kenal semula diri masing-masing dengan lebih baik, individu yang pernah menjadi bekas teman lelakinya itu akhirnya sah bergelar suami kepada Hanna Shuaib dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana.
Married to my first love, my ex. He was my first boyfriend (2009) and we broke up (2011). We met again (2015), get to know each other again. Anddd hereeee we are ! My husband ❤️ Alhamdulillah pic.twitter.com/ZP0qUNKnRz
— Hanna || Hsdoesmakeup ✨ (@HannaShuaib_) October 16, 2020
Betul kata orang, kalau dah jodoh memang tak akan ke mana…indah betul percaturan Allah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan soal jodoh wanita ini begitu indah walaupun ada pasang surutnya. Selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga couple itu, mereka juga terinspirasi dengan kisah romantik tersebut.
Sumber: Twitter HannaShuaib_