Artis Viral

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Sharing is caring!

Selepas berlakon menerusi beberapa drama sebagai watak sampingan, siapa menduga ia merupakan titik mula yang indah dalam kerjaya Mira Filzah. Saban tahun, dia menerima pelbagai tawaran berlakon dan lebih mengejutkan apabila kebanyakan drama yang diterajui oleh wanita anggun ini mendapat sambutan luar biasa. Sepanjang itu, dia seringkali dikaitkan kononnya mempunyai hubungan istimewa bersama rakan gandingannya di dalam drama.

BACA : Sudah Dirisik & Bakal Bertunang? Wajah Jejaka Pilihan Mira Filzah Terbongkar

Hadiri majlis perkahwinan bersama

Meskipun sudah banyak kali menafikan dakwaan mengenai kisah cintanya, namun akhirnya peminat dikejutkan dengan insan sebenar yang sudah berjaya menambat hati pelakon ‘Adellea Sofea’ ini. Setelah lama menjadi tanda tanya, pemuda bertuah bernama Wan Emir Astar akhirnya didedahkan kepada umum. Kemunculan mereka berdua dalam majlis perkahwinan Farah Nabilah hujung tahun lalu benar-benar mencuri tumpuan ramai.

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Putus sebab Emir sambung belajar, namun bertemu kembali

Walaupun ramai yang ingin mengetahui kenyataan tentang hubungan istimewa berkenaan, namun kedua-duanya masih tidak membuat sebarang ulasan. Melalui laporan daripada portal Astro Awani, difahamkan mereka pernah menuntut di sekolah yang sama. Tetapi relationship tersebut seolah-olah terhenti di tengah jalan sewaktu lelaki tersebut menyambung pelajaran ke luar negara. Bagai sudah ditakdirkan jodoh bersama, Mira dan Emir kembali bertemu dan cinta mereka terus utuh bertaut.

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Dah hantar rombongan merisik…Tunang September nanti

Bercakap mengenai tarikh perkahwinan pula, dilaporkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga sekitar bulan Oktober akan datang. Lelaki yang juga mempunyai kerjaya sebagai seorang arkitek ini turut dikhabarkan sudah masuk merisik dan mereka berdua akan bertunang terlebih dahulu pada September nanti.

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Sumber : Astro Awani, Beautifulnara

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pernah Putus Masa Sambung Study, Mira Filzah & ‘Abang Arkitek’ Kahwin Bulan 10

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram