Beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah memulakan hari pendaftaran kemasukan pelajar menjelang minggu ini. Pelbagai gelagat pelajar dapat dilihat memandangkan pelajar yang mendaftar merangkumi seluruh negara dan berbeza latar belakang. Namun, baru-baru ini kelibat seorang remaja perempuan yang mendaftar di salah sebuah Universiti Awam telah mendapat tumpuan media. Rupanya, pelajar perempuan ini pernah mewakili Malaysia ke China dalam satu program popular, Miss World 2018.
BACA:Â [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak
Gadis yang dimaksudkan itu ialah Larissa Ping Liew, 20 tahun. Menurut media tempatan, Larissa telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar kemasukan baharu di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Dia yang bakal mengikuti pengajian dalam jurusan perundangan ini berharap gelaran ratu cantik dunia yang pernah dimenanginya tahun lalu tidak memberi masalah terhadap kehidupannya di kampus.Â
Di luar universiti, saya adalah Miss World Malaysia 2018. Namun, di dalam kampus saya hanyalah pelajar biasa.Â
Menurut Larissa, dia sangat teruja dan sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan sesi pengajiannya bergelar seorang pelajar universiti. Tambahan lagi, dia juga memilih untuk kekal ‘low profile’ dan mahu dilayani sama seperti rakan-rakan yang lain di universiti tersebut.Â
Tidak menolak tawaran modelling
Sewaktu ditanyakan mengenai karier dalam bidang peragaan pula, ratu cantik ini menjawab tidak menolak sebarang tawaran sekiranya ada. Dia juga menganggap ini adalah peluang untuk mengembangkan bakat dalam bidang peragaan, bahkan boleh mendapatkan pendapatan sampingan.Â
Ilmu pendidikan adalah bekalan terbaik untuk masa depan
Mengakhiri perbualan ketika Minggu Haluan Siswa dan Upacara Ikrar Aku Janji Pelajar Baharu UM, dia juga memberitahu lebih mengutamakan pelajaran dan fokus mengejar cita-citanya menjadi seorang peguam. Biarpun mendapat gelaran ratu cantik, dia menganggap perkara itu hanya bersifat sementara.Â
Sumber: Harian Metro & IG larissaping