Beberapa hari yang lepas, industri hiburan kita telah dikejutkan dengan berita kehilangan anak kedua Nora Ariffin, Alif Johan. Alif yang dikatakan tiba-tiba rebah di rumahnya telah dijemput Ilahi seawal usia 20 tahun. Berita sedih terbabit telah dikongsi Nora, di laman Instagramnya, ketika penyanyi Di Persimpangan Dilema itu berada dalam pesawat untuk pulang dari Singapura. Hasil ‘postmorterm‘ mendedahkan dia tidak mengambil sebarang bahan terlarang namun, keadaan jantungnya agak lemah dan kemungkinan membengkak.Â
BACA: Allah uji saya lagi selepas hilang suami kini anak kedua nora pula pergi
Abang yang luar biasa..
Jodoh dan ajal adalah ketentuan dari Allah. Namun, kehilangan orang yang disayangi pastinya dirasai terutamanya ahli keluarga yang merupakan orang yang terdekat dengan kita. Begitu jua perasaan yang terbuku dalam hati adik perempuan kepada Alif Johan, Putri Nur Dahlia yang meluahkan rasa kesedihan setelah kehilangan abangya itu. Baru-baru ini Dahlia ada berkongsi di laman Instagram tentang luahan hatinya. Gambaran mengenai peranan Alif dalam hidupnya menunjukkan abangnya seorang yang luar biasa.
https://www.instagram.com/p/B6DLMSiFmS7/
“Kak, kalau abang ‘pergi’, kamu pun kena ikut sama”
Menerusi perkongsian itu, Dahlia mengatakan abangnya pernah berseloroh kepadanya mahu pulang menghadap Ilahi bersama-sama. Begitulah akrabnya hubungan antara 2 beradik ini dalam keluarga Nora. Sikapnya yang mulia sering beralah dengan adik beradik membuatkan Dahlia terkenangkan segala kebaikan yang pernah dilakukannya semasa hidup.Â
Semoga terus kuat Dahlia…Allah lebih sayangkan dia
Luahan sayu Dahlia itu telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen di laman Instagram. Rata-ratanya turut berkongsi kesedihan yang dialami oleh Dahlia sekeluarga dan ada yang memberikan kata-kata semangat kepada Dahlia agar terus kuat untuk menjaga ahli keluarganya.
Sumber: Instagram itsnoraariffin & itzputridahlia