Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini

25th March 2020
in Viral
Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Laporan mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikatakan bakal tamat pada 31 Mac hanyalah tinggal bayangan sahaja. Meneliti semula bilangan penghidap yang semakin meningkat saban hari, sebentar tadi pihak kementerian membuat sebuah pengumuman penting. Menurut Berita Harian, tempoh 14 hari ‘berkurung’ telah dilanjutkan lagi sehingga tanggal 14 April.

BACA : Ambulans Bawa Pergi Budak Sekolah Positif COVID-19, Ibu Ayah Tak Boleh

Dari 14 hari terus jadi sebulan

Tindakan tersebut tak lain dan tak bukan semestinya demi ‘memutuskan’ rangkaian penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Jika sebelum ini kita diarahkan untuk duduk di rumah selama 2 minggu sahaja, maka tempoh tersebut secara keseluruhannya menjadi sebulan. Meskipun tujuannya baik, namun ia terus mengundang kegusaran ramai pihak bukan sahaja buat ketua keluarga serta pemilik-pemilik syarikat, malahan kepada pelajar institusi tinggi juga.

Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini
Gambar sekadar hiasna

Banyak assignment nak kejar…Pensyarah risau

Melalui Twitter seorang gadis ini yang juga sedang menuntut di peringkat diploma, beberapa hari lalu dia pernah menyuarakan resah andai kata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dilanjutkan. Kini siapa menduga, perkara yang ditakuti mereka akhirnya menjadi realiti menerusi pengumuman di televisyen sebentar tadi. Kebanyakan mereka sedang menghampiri penghujung semester di mana masih banyak tugasan yang perlu dihabiskan. Bukan sahaja pelajar, malahan pensyarah sendiri seakan ‘menggaru kepala’ untuk menghabiskan silibus kuliah.

Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini

Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini
Gambar sekadar hiasan

Tak semua orang ada rangkaian internet laju

Memang benar mereka boleh menjalankan kuliah secara atas talian, malang sekali tidak semua pelajar mempunyai kemudahan tersebut apalagi saat duduk di rumah. Maka di akhir perkongsian, gadis dengan akaun @lyinggravity ini merayu agar kita sama-sama memberikan kerjasama dalam tempoh sebulan ini semoga semuanya kembali seperti sediakala.

Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini

Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Twitter lyingravity dan Berita Harian

Tags: 14 april14 haripelajarperintah kawalan pergerakanPKPrisausebulanuniversiti
Next Post
Tak Cukup 2 Minggu, Perintah Kawalan Pergerakan Sah Lanjut Sampai 14 April Ini

Mahu Kekal Rekod Bebas COVID-19, Staf Medik Wuhan 'Halau' Individu Berjangkit?

Popcorn Karamel Rangup & Manis Sepenuhnya!
Smartphone 5G Tangguh dengan Kamera Ultra Sensitif

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)