Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Percutian Ke Taman Tema Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Temui Ajal Ketika Mandi

21st October 2019
in Berita Semasa
Percutian Ke Taman Tema Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Temui Ajal Ketika Mandi
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Menerusi laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhamad Uzair Amri Muhamad Nur Fikri ditemui tidak benyawa di sebuah taman tema air di Melaka semalam. Ibunya iaitu Nor Shazelah Rosli memberitahu bahawa mereka pergi ke situ untuk bercuti hujung minggu pada waktu tengah hari dan anaknya itu sangat teruja serta mahu mandi dengan segera.

BACA : Budak 3 Tahun Temui Ajal Dalam Lubang Kumbahan, Abang Menangis Lihat Jasad Adik

Percutian Ke Taman Tema Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Temui Ajal Ketika Mandi

Teruja nak mandi di kolam, ditemui oleh pengunjung

Jelas wanita ini, pada mulanya Muhamad Uzair menyangka keluarganya mahu membawanya mandi di pantai tapi sampai di lokasi berkenaan. Sebaik tiba kira-kira jam 1 tengah hari dari Kulai, anaknya terus bertukar pakaian dan meminta untuk turun. Dalam kejadian jam 3 petang itu, Muhamad Uzair telah ditemui oleh para pengunjung taman tema air itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Percutian Ke Taman Tema Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Temui Ajal Ketika Mandi

Rasa tak sedap hati nak bercuti

Tambah Nor Shazelah, dia pernah berasa tidak sedap hati untuk bercuti sebelum ditegur oleh rakan sejurus menyuarakan perasaan tersebut. Namun, dia tidak sangka bahawa rasa yang dialami itu merupakan satu petanda bagi kejadian ini. Dalam pada itu, Nor Shazelah akui perlu kuatkan semangat menerima kehilangan anak sulung daripada 2 beradik itu kerana suaminya iaitu Muhamad Nur Fiqri lebih terkesan disebabkan terlalu rapat.

Percutian Ke Taman Tema Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Temui Ajal Ketika Mandi
Kredit Foto : Metro

Difahamkan, Allahyarham anaknya itu dijangka dikebumikan di kampung halaman suami di Felda Bukit Ramun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad telah mengesahkan tentang kejadian tersebut.

Sumber : Harian Metro

Tags: 4 tahunbudakibunyawapercutiantheme parktragedi
Next Post
Percutian Ke Taman Tema Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Temui Ajal Ketika Mandi

[VIDEO] Nyanyi Untuk Majlis Konvo Sendiri, Suara Kembar Ini Buat Ramai Meremang

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)