Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, pastinya tidak sabar untuk menimang cahaya mata sendiri. Akan tetapi, tidak semuanya bernasib baik walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin. Walau bagaimanapun, kesabaran dan usaha suami isteri dari Indonesia ini ternyata membuahkan hasil.
BACA:Â [VIDEO] Adik Hamil Kali Ke-2, Wanita Sebak Ditanya Bila Nak Tambah Anak Lagi
Akhirnya selepas 21 tahun menanti, sepasang suami isteri dikurniakan anak sulung
Menerusi Instagram, Dr. Benny Arifin berkongsi kisah sepasang suami isteri yang baru sahaja dikurniakan anak sulung setelah 21 tahun menanti. Bayi yang diberikan nama Aisyah itu merupakan hasil usaha Su’udiyah (44 tahun) dan Somidi (51 tahun) menjalani rawatan In-Vitro Fertilization (IVF) dengan penuh kesabaran.
Setiap kali appointment, terpaksa tempuh 6 jam sehala dari rumah ke Surabaya
Dr. Benny juga meluahkan rasa gembira kerana menjadi saksi perjuangan mereka dalam memiliki cahaya mata. Setiap kali appointment untuk proses IVF tersebut, suami isteri ini harus menempuh perjalanan selama 6 jam daripada kota Sumenep ke Surabaya.
Hampir setahun tunggu untuk proses fertilization, patuh dengan segala protokol ditetapkan
Tidak cukup dengan itu, ternyata proses tabung ini bukanlah mudah kerana Su’udiyah dan Somidi perlu menunggu hampir setahun sebelum embryo berhasil untuk dimasukkan ke dalam rahim. Setiap kali appointment, mereka mematuhi setiap syarat yang ditetapkan sehinggalah selamat melahirkan pada 1 Disember lalu.
Sumber: IG Dr. Benny Arifin