Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Inspirasi

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

15th October 2019
in Inspirasi, Viral
“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap mahasiswa yang menyambung pengajian pada tahap lebih tinggi pastinya mahu merasai kemeriahan hari graduasi. Detik bermakna tersebut dianjurkan untuk menghargai kejayaan para graduan yang berhempas-pulas dalam menamatkan pengajian. Bercakap tentang cabaran menyambung pelajaran ini, sudah pasti masing-masing ada pengalaman sendiri. Seperti kisah inspirasi seorang gadis bernama Aida Rashidi ini, kanser yang dihidapi nampaknya tidak menjadi penghalang untuk meraih kejayaan.

BACA : Pernah Tangguh 2 Sem, Fikry Dedah Tamatkan Belajar Hanya Lepas Dipujuk Lecturer

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

Kisah ketika dirinya menjalani pengajian di UiTM Arau ada dikongsikan menerusi Instagram peribadinya. Nampaknya, dia tidak malu untuk memuat naik gambar keadaannya sebelum ini. Proses menyambung pengajian itu sendiri sudah cukup penuh tekanan apalagi jika ditambah dengan masalah kesihatan. Setelah menjalani pelbagai pemeriksaan, dia disahkan menghidap malignant bone cancer tahap 3.

Aku mula belajar di peringkat diploma masa 2015. Sepatutnya tempoh pengajian hanya 2 tahun setengah saja tapi ia jadi makin lama. Awal 2017, aku ulang-alik dari UiTM Arau ke Pusat Kesihatan Kangar. Tak dapat hadir kelas pada sebelah pagi sebab banyak temu janji rawatan.

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat! “Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

Nikmat yang Allah bagi ditarik

Terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti belajar seketika, Aida segera kembali ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan. Bukan sahaja menyakitkan, malahan semua rawatan tersebut memberikan kesan yang buruk kepada tahap kesihatannya. Tidak cukup dengan itu, gadis cantik ini terpaksa menjalani operation. Pengalaman tersebut pastinya tidak dapat dilupakan olehnya.

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat! “Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

Setahun je tinggal, why not right?

Meskipun begitu banyak perit yang menguji dirinya, graduan ini tidak pernah berputus asa dan nekad untuk kembali mencipta kejayaan memandangkan tempoh pengajiannya berbaki setahun sahaja lagi. Mengimbau semula segala kenangan pahit tersebut, dia sangat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat membuat yang terbaik sehingga ke akhirnya. 

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat! “Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

Sumber : Twitter Aidadada dan Instagram aidarashidi

Tags: gadisgraduasikanserkonvoperjuangansurvivaltahap 3
Next Post
“Otak Jadi Lembap”-Perjuangan Menuju Hari Konvo, Kanser Tahap 3 Bukan Penamat!

Video Sweet Dengan 'Awek Viral', MK K-Clique Kata Itu Mungkin Kakak Atau Ibunya

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)