Seringkali kita mendengar bahawa nenas merupakan buah yang sangat berisiko untuk wanita hamil dan haid. Lebih teruk lagi, buah ini juga selalu dianggap menjadi punca utama keguguran. Namun, adakah ini sekadar mitos atau fakta yang diyakini? Perkongsian daripada D0kt0r Rizal Abu Bakar di ruangan Facebook miliknya, pasti mengubah persepsi kita semua. Menurutnya, nenas adalah superfood dimana ia amat baik untuk seluruh bahagian badan, dan bagus untuk dimakan setiap hari.
BACA:Â Wahai Wanita.. Jangan Bimbang Jika Miliki Pipi Pau, Anda Tidak Dimakan Usia
Buah nenas mungkin bukan pilihan ramai kerana rasanya yang masam dan kelat, namun nenas amat kaya dengan nutrisi yang sebenarnya sangat bagus untuk mencantikkan kulit, kurangkan berat badan, baik untuk otak, sumber tenaga, dan juga anti-tekanan. Berikut ialah kandungan nutrisi di dalam nenas.
 Mengandungi Vitamin C
Menurut kajian daripada universiti luar negara, nenas mempunyai vitamin c yang amat bagus untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya, menghapuskan lendir, kahak dan melicinkan kulit.
Bromelain
Bahan ini berupaya untuk menghilangkan keradangan, mengecilkan tumor serta meredakan osteorthritis. Tambahan lagi, ia juga dapat meningkatkan daya ingatan.Â
Manganese
Bahan ini merupakan nutrisi yang baik untuk perkembangan otak. Ia berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada sel otak.Â
Thiamin
Dalam pada itu, nenas juga membekalkan nutrisi yang dipanggil Thiamin. Fungsi bahan ini adalah menukarkan lemak dan protein kepada tenaga kepada tubuh badan.
Nenas juga mampu mengubah mood ke arah yang lebih baik. Dr Rizal juga turut menambah mineral lebih banyak di bahagian empulur atau bahagian batang jadi lebih baik untuk makan daripada dibuang. Baca pula perkongsian fakta yang diberikan oleh KKM.
Nenas mengurangkan penderitaan haid
Melancarkan haid
Beberapa potongan nenas tidak menjejaskan kehamilan
Hanya perlu berjaga-jaga jika perut sensitif
Selamat dimakan ketika haid atau hamil
Sumber:Â Dr Rizal abu bakar & KKM