Pada tahun lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan video viral yang tular di media sosial tentang budak 10 tahun yang membawa kereta bersama adik-adiknya di Pontian yang berakhir dengan kedua ibu bapa mereka tampil untuk menyerah diri ke IPD. Walau bagaimanapun, Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan sebuah video yang tular di aplikasi TikTok pada lewat malam semalam yang menunjukkan dua orang kanak-kanak, usia 6 dan 3 tahun, memandu kereta di Langkawi.
BACA: [VIDEO] Tular Budak Lelaki Pandu Lori Treler, Bapa Dicari Kerana ‘Lepas Tangan’.
Kereta terhuyung hayang yang mencurigakan..
Video yang dikongsi oleh pengguna @i_am_ain dan @kaizoku0707 berdurasi 1:53 minit itu pada awalnya menunjukkan kereta Toyota bewarna putih yang dipandu secara terhuyung hayang di jalan raya sebelum paparan seterusnya menunjukkan kereta yang sama tetapi dengan bahagian depan kereta tersebut telah terjerumus ke dalam parit cetek di tepi jalan.
Kanak-kanak usia 6 tahun… Memandu kereta…
Orang ramai yang mengerumuni kereta berkenaan masing-masing menunjukkan reaksi amat terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki berbaju merah yang baru berusia 6 tahun keluar dari pintu bahagian pemandu.
@kaizoku0707 Mengalahkan Myvi..Budak 6 tahun rembat vios p kedai..sakan la 2 beradik ni 😂 alhamdulillah mereka selamat 🤲🏻 Tlg Simpan kunci kereta Baik3 ya #viral #langkawi
Orang awam terkejut dengan jawapan budak lelaki tersebut…
Seorang orang awam boleh didengari bertanya di dalam video tersebut:
Siapa bawa kereta ni?
“Saya, tadi saya nak ke kedai.”
Jawab kanak-kanak itu berulang kali seakan-akan keliru dan gelisah akan situasi yang dia sedang berada.
“Kami ingatkan orang m*buk yang kem*langan”
Dalam video yang sama, boleh didengari beberapa orang awam yang pada awalnya menyangka kereta yang memandu secara berberisiko itu dipandu oleh individu m*buk, tetapi malahan kanak-kanak lelaki di bawah umur. Ada juga yang bertanya dimana ibu dan bapa kanak-kanak itu.
Selain 2022, pada 2020 juga terdapat berita seorang kanak-kanak darjah 3 yang sudah berani membawa kereta sendiri di jalan raya di Rembau, Negeri Sembilan. Insiden-insiden begini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mengawasi anak-anak mereka dengan lebih teliti, terutamanya dalam hal penggunaan kunci kereta dan akses kepada kereta mereka.