Sebelum kita membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, apa persediaan yang perlu kita buat? Setiap orang mempunyai persediaan yang berbeza. Selain persediaan yang rapi, motivasi daripada orang sekeliling juga membantu pelajar seseorang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Contohnya, seorang doktor yang menggunakan nama akaun Twitter @khairul_hafidz ini mementingkan persekitaran bilik belajar sebelum memasuki program Sarjana.
BACA: [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak
Persediaan untuk memasuki program Sarjana ini, isteri kata bilik belajar perlu diceriakan supaya ada mood untuk belajar. Ingin juga anak-anak buat kerja bersama sewaktu kami belajar.
Dalam tweets tersebut, Dr. Khairul yang sudah berumah tangga memberitahu bahawa isterinya meminta dia untuk mempersiapkan bilik belajar mereka sebelum dia memasuki program masters. Biarpun sekadar nasihat yang biasa, namun hasil bilik tersebut selepas dihiaskan sangat tidak disangka-sangka!
Sebelum
Selepas
Selain itu, dia turut berkongsi beberapa video yang menunjukkan persekitaran dalam bilik belajar tersebut selepas dihiaskan. Dalam masa yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Dr. Liyana Zainal kerana memberi dia idea untuk menghias bilik belajar mereka itu.
https://twitter.com/shizuka991/status/1168681158252433408?s=19
Mesti wife doc ada dlm group kelab kaki deko ni.
— ✨ 𝓟𝓻𝓲𝓷𝓬𝓮𝓼𝓼✨ (@PuanCorona) September 2, 2019
Siapkan proposal tesis di bilik belajar baru
Keseluruhannya, posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi di ruangan Twitter. Kebanyakkannya berasa seronok dan teruja dengan inovasi yang dilakukan pada bilik belajar tersebut. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 2 ribu retweets dan 7 ribu likes setakat ini.
Sumber: Twitter Khairul Hafidz