Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masyarakat seakan-akan mendapat semangat luar biasa untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain. Atas rasa simpati yang tinggi, seorang gadis yang bekerja di sebuah stesen minyak tampil membantu individu yang menghadapi kecelakaan.
BACA:Â Terpaksa Ulang Buat Video Assignment, Gadis Geram Ayam Jiran Asyik Menyampuk
Selalu tengok depan mata…ramai pemandu tidak bertanggungjawab
Baru-baru ini, Nur Yasmin telah membuat perkongsian di akaun Twitter miliknya tentang beberapa insiden yang terjadi di depan matanya. Menurut Yasmin, dia begitu kesal kerana kejadian ini berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Dua hari lepas, Yasmin pernah bantu rawat seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barang.
Apa salah pak cik..nasib baik ada orang tolong
Hari ini pula, Yasmin sekali lagi melihat kejadian yang sama telah menimpa seorang lelaki tua ketika sedang menunggang motosikal. Apa yang lebih mengejutkan, insiden tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang tidak memberi isyarat membelok ketika masuk simpang.
Selalu sangat jadi macam ni…
Siapa sangka, perkongsian tersebut telah mendapat lebih seribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap gadis itu kerana sudi memberi bantuan kepada semua yang terlibat di tempat kerjanya. Malah tidak kurang juga ramai luah terkilan dengan sikap sambil lewa para pengguna jalan raya seperti tidak memberi signal ketika hendak membelok.
Sumber: Twitter Nur Yasmin