Tidak dinafikan, ujian dan cabaran dalam percintaan adalah lumrah biasa kehidupan. Bahkan jika dilalui dengan tenang, fasa itu bakal menjadikan hubungan anda lebih matang dan kuat menghadapi rintangan mendatang. Namun jika hanya sebelah pihak sahaja beria-ia berjuang manakala yang satu lagi hanya bersikap acuh tak acuh, usaha itu boleh disifatkan sebagai sia-sia. Lebih teruk lagi, ada yang terus mencintai tanpa mengetahui bahawa partner mereka sudah ‘menyimpan’ insan lain dalam jiwa mereka.
BACA :Â Dalam Relationship Kena Ada Trust, Untuk Bina Rasa Sayang Mesti Ada Komunikasi
Depan atau belakang, perangai mesti sama
Dilema berkenaan sempat dihuraikan oleh seorang pengacara terkenal bernama Dayah Bakar yang juga merupakan isteri kepada pegawai askar. Selepas dikongsikan semula menerusi Twitter seorang gadis bernama Aina, nampaknya pendapat Dayah Bakar berjaya meraih hampir 20,000 jumlah retweet. Pada awal rakaman berdurasi 44 saat berkenaan, selebriti tersebut menyifatkan sikap seseorang itu haruslah sama tidak kira sama ada sewaktu berhadapan dengan cinta hati mereka mahupun sebaliknya.
Communication, trust and honesty is the key to happiness 😘 pic.twitter.com/YurIXCCI6S
— Aina 🇵🇸 (@ainaibrahim08) January 9, 2020
Kalau betul-betul sayang, dia takkan menyakiti (minit 5:00)
Tegas wanita ini lagi, seseorang yang benar-benar mencintai anda akan terus setia dan takkan tergamak menyimpan perasaan terhadap orang lain kononnya sebab bosan. Bagi orang yang menjalinkan hubungan jarak jauh (Long Distance Relationship), bercinta secara berjauhan bukanlah ‘tiket’ untuk memberikan pelbagai alasan menyakitkan hati yang boleh merosakkan hubungan percintaan anda. Sekiranya ‘budaya’ sebegitu terus berlarutan, dia beranggapan lebih baik anda tidak menjalinkan relationship.
Sumber : Twitter Aina dan IGTV Dayah Bakar