Untuk menyaksikan sebuah drama tanpa pengarah di hadapan mata menjadikan pengalaman tersebut mengujakan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang menaiki penerbangan. Itulah yang dialami oleh penumpang penerbangan AK822 dari Kuala Lumpur ke Phuket (KUL-HKT) pada 26 Disember lepas. Insiden yang sempat dirakam oleh pengguna Tiktok, @_aizatrahman menunjukkan dua lelaki warga asing itu menaikkan suara terhadap dua orang pegawai keselamatan Air Asia.
BACA :Â “Netizen hanya orang luar” – Pasukan Bola Tampar
Pemuda berbaju merah itu dikatakan tercicir ‘headphone’ dan mula melakukan provokasi bersama rakannya dengan menumbuk ‘cabin compartment’, tempat simpanan beg bagasi. Hal itu disedari oleh krew kabin dan telah dilaporkan kepada kapten yang memberi arahan agar penumpang tersebut dikeluarkan dari pesawat. Walaubagaimanapun, dua pemuda tersebut enggan berbuat demikian dan semakin rancak melakukan provokasi sehingga pegawai keselamatan terpaksa mengawal keadaan.
@_aizatrahman Selalu tengok kat TV je drama gini. First time jadi depan mata lol #fyp #xyzbca #airasia #ak822 #AK #klia2 #KUL #HKT #Phuket #KL #drama #gaduh #flight #flightcrew #karen #2023 #delay #passenger
Keadaan menjadi tegang apabila mereka tetap tidak mahu berganjak keluar dari penerbangan tersebut biarpun telah dipujuk oleh pegawai keselamatan. Adegan tarik tali mereka menyebabkan penerbangan terpaksa ‘delay’ selama sejam setengah. Seorang krew kabin kemudiannya datang untuk memujuk mereka.
@_aizatrahman Part 2 drama dalam flight AK822. #fyp #xyzbca #airasia #ak822 #klia2 #klia2 #KUL #HKT #Phuket #KL #thailand #drama #gaduh #flight #flightcrew #karen #2023 #delay #passenger
“It’s not our decisions, it’s captain’s decision. You have to listen. Have to listen. Listen first.”Â
Kedengaran suara krew kabin tersebut memohon mereka mendengar penjelasan dan hormat pada arahan yang telah dikeluarkan. Akhirnya, pemuda berbaju merah itu mengalah dan bangkit untuk keluar namun sempat membuat ugutan terhadap penumpang lain manakala rakannya berbaju hitam masih enggan berbuat demikian.
Rata-rata komen netizen meminta agar pihak keselamatan lebih tegas dalam menangani insiden seperti ini kerana berunding dengan cara baik hanya membuang masa selain menyebabkan penerbangan terpaksa ‘delay’.
Ada juga netizen yang memuji cara krew kabin yang kekal tenang walaupun lelaki tersebut kerap mencelah percakapannya.
Selain, ada yang berpendapat pemuda berbaju merah itu patutnya ditahan kerana membuat ugutan  terhadap penumpang lain.
Kredit : Tiktok @_aizatrahman Part 1 , @_aizatrahman Part 2